sweetblack musuk2 sayang....

Sila tinggal URL korang kat sini

Tuesday, May 18, 2010

Touch Up

Last week kebetulan anak buah aku nak pergi dinner
dia suruh kakak aku make upkan..
make up ala kadar je..
asal tak selekeh sudah.

ni gambar semasa 80% di touch up..
gambar sebelum takder.. terlupa pulak nak snap..


yang ni pulak gambar dah siap touch up
gambar tengah tunduk sebab tgh engage kat phone
oklah tu ye.. dari takder.

lai..lai.. sape nak make up.. sila contact aku ye..
nanti dapatlah aku komisen 10% dari kakak aku..
hehehehe..

Saturday, May 15, 2010

Wedding ????

Gambar dah lama aku pergi wedding kawan opis aku kat
felda bukit cherakah.. meriah betul masa tu

iea.. Silat dik jgn tak silat , sambut pengantin
01/05/2010 ( Sabtu) Satu majlis persanding diadakan di Bukit Cherakah , Meru.
, nie adalah kenduri Khawin Akak (Kak Bai) satu opis dgn aku..


Nielah dia pengantin perempuan dan lelaki sama cantik sama segak.. Kak Bai dan Abg Md Noor..
baju biru pink.. cantik untuk org  berkulit putih klu aku jgn la pakai bertambah gelap hehe...

Rekaan pakaian perempuan Hasil lakaran aku cantik tak..
hehe tapi yang lakar je la segala tambahan anak bos aku yg buat Stephenie..
kira sama-sama buat la hehe.. sape nak tempah lakaran boleh hubungi aku hehe gurau jew.. 
tapi betul tau lakaran tu memang aku punya
Tahniah padanya yang sedang menjalani kehidupan rumah tangga..
Semoga bahagia selalu....

































































Friday, May 14, 2010

Terima Kasih

Kasih abah
abah terima kasih kerana memberi aku peluang menyambung pelajaranku.
pengorbananmu tidak dapat ku balas dalam masa yang begitu cepat.
sebagai membalas jasamu itu.
aku hanya sekadar dapat menyarungkan jubah konvokesyenku
tanda aku begitu menyayangi dan menghargai dirimu.
tidak lupa juga kepada emakku yang tidak dapat hadir kerana 
kesihatannya tidak mengizinkannya..


Saat aku menyarungkan jubah kepada abah

abah aku begitu menyayangimu

abah ini sahaja hadiah dari anakmu.
terimalah sijil ini di atas pengorbananmu
TERIMA KASIH ABAH


Wednesday, May 12, 2010

Kegilaan yang tak dapat aku lupakan...

Hehe kegilaan selepas dicabar abg ipaq n anak buah... 
tak kan ku ulang kembali penderitaan di atas vortex d funfair bukit tinggi raya tahun lepas... 
Cukup sekali... syukur dipanjangkan umur ku...nak nagis ooo naik benda nie ..
sampai ats nampak spital lak tu,  tu yang takut tu.. Asyik sebut nama mak n mengucap menyebut nama Allah S.W.T..
Bayang jika anda dilambung bergini.. huhu sedih ooooo meleleh air mata kat atas sana.....


Selepas turun tudung dah jd tak betul .. pala ku berpinar.. rasa nak muntah.. 
belakang aku sakit... last sekali jangan buat lagi pas neh.. cabar ke nak mencabar kew.. TAKKAN KU ULANGI LAGI ..
Mak ampun mak!!!!... ahahk hehe.. sengal

PENTING !!!!

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)
Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telefon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.
Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain.

mari bakar ayam

citer sebenarnya dah lama dah..
dah basi pun..
tapi saje je aku nak kongsi bersama.
dua minggu lepas kat rumah kakak aku ada buat BBQ.
jadi aku ni tumpang makanlah.. apa lagikan..
dah rezki mestilah rembat je.. tol tak?
sekarang korang tgk apa extiviti hari berikut.

 see.. menarik tak ayam bakar ni.. 
suami anak buah aku dan abang ipar aku...
kusyuk diorang membakar ayam ni.. siap pasang kipas lagi
ha.. yang ni ayam yang dah siap dibakar.. siap ada roti bakar lagi.. 
see... tekun makan sambil tekun tgk tv.. 
korang carilah mana aku.. hehehe..

Tuesday, May 11, 2010

Rindu


Emmm rindu dgn kawan Budak Politeknik Sultan Idris Shah Tahun (SUP- Torism Management )2006-2008..

Kemeriahan yg tak mungkin akan dilupakan... Rindunya - I Love u all...