Sila bace entry nie best boleh dijadikan panduan...
Niat sesorang kenapa dia nak jadi Kaya....
Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya; Rasulullah saw telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" - Attarmidzi
Saya bukan materialistik, saya bukan mata duitan, tapi saya suka jadi kaya, saya suka ada wang, saya tidak suka miskin. Agama saya suruh saya jadi kaya, agama saya tak pernah suruh saya jadi miskin dan tidak berusaha.
Sejak akhir-akhir ini keinginan untuk menjadi kaya bertambah-tambah kuat. Saya semakin semangat untuk belajar sebab saya nak jadi kaya. Saya nak ada wang. Saya nak buat itu, saya nak buat ini.
Tapi tahu tak apa yang membuatkan saya bersemangat? Cuma satu ayat sahaja, "Islam suruh kita jadi kaya" kata ustazah subjek Islamic Studies yang wajib diambil untuk ke oversea.
Saya tersentak waktu itu. Saya rasa, " Aah kan, Islam tak suruh kita jadi miskin,"..
TETAPI..
Islam suruh kita jadi kaya bukan sebab nak bermegah, bukan sebab nak kahwin dekat Hotel Palace of Golden Horses, bukan sebab nak ada rumah 30 bilik, kereta 13 buah, tapi sebab nak suruh kita mampu bayar zakat, sebab nak suruh kita menolong orang lain, supaya kita tidak meminta-minta,supaya kita tidak berhutang keliling pingggang, mengharap belas ihsan dari orang.
Islam suruh kita usaha. Ini yang Islam terapkan dalam diri kita. Berusaha untuk mencapai keinginan dan impian kita.
Harta tak kan jatuh berdebuk dari langit, dan makanan tak kan datang sekadar dengan membuka mulut kita. Dalam dunia sekarang ini, semua perlukan wang. Bak kata orang, "Nak masuk toilet pun kene bayar!"
Dulu saya tak ada impian, saya cuma ada angan-angan. Saya bukan seorang yangdetermination, saya akan membuat keputusan dan pilihan pada waktu yang diperlukan.
Saya biarkan impian saya itu umum supaya saya tidak tertekan dengan impian saya.
Tetapi sekarang saya mula memasang impian supaya saya ada hala tuju hidup, supaya saya jadi kaya bersebab. Saya mahu jadi orang yang menerima untuk memberi. Saya mahu menolong orang, membuat kebajikan.
Adakah saya ingin berbangga diri dan dipuji dengan menyatakan ia disini?? Tidak sama sekali. Saya tahu pembaca blog saya kebanyakan adalah rakan-rakan saya dan orang yang hampir sebaya dengan saya.
Pasti dari kalangan mereka ini adalah bakal-bakal doktor, jurutera, arkitek, pengkaji, aktuari, akauntan, dan bermacam-macam lagi pekerjaan yang pendek katanya akan memberikan hasil yang lumayan, yang akan melayakkan mereka memberi zakat.
Oleh itu, di sini saya menyeru agar bakal-bakal pemberi zakat ini supaya menunaikan tanggungjawab mereka apabila sudah mampu nanti, dan memberikan sesuatu lebih dari zakat, iaitu sedekah.
Saya suka melihat kerja kebajikan yang dilakukan Oprah Winfrey dan juga orang-orang yang melakukan kebajikan yang ditampilkan dalam talk show nya. Ya, saya tahu dia adalah Kristian dan pengkritik Islam, tapi saya rasa tidak salahkan saya mengagumi kebajikan yang dibuatnya? Tidak salah untuk saya mencontohi kebajikan yang dibuatnya.
Ayah saya selalu kata, "Sayang, dia bukan Islam. Sia-sia sahaja kebajikan yang dia buat," Kebajikan yang dibuat olah orang-orang kafir ini hanyalah bagai debu-debu yang berterbangan.
Firman Allah Taala:
"Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" - Allail:8-11
Saya sungguh kagum melihat orang-orang yang kreatif dalam melakukan kebajikan, bukan hanya sekadar memberi cek palang dalam konsert-konsert amal, tetapi membina dan mengubah kehidupan dan masa depan seseorang.
Dari sumbangan yang sedikit, mampu mengubah hidup ramai orang.
Saya ambil contoh Dr. Muhammad Yunus, penerima anugerah Noble, pengasas Grameen Bank di Bangladesh.
Formula yang digunakan sungguh mudah, iaitu dengan memberikan pinjaman mikro tanpa bunga bagi golongan ibu-ibu untuk memulakan perniagaan ini adalah keran dia sedar masalah kemiskinan di Bangladesh adalah akibat pinjaman mengenakan bunga yang tinggi. Pinjaman yang diberikan sungguh kecil, cuma sebagai modal perniagaan, bukan untuk menyara hidup.
Pada permulaannya, dia hanya memberikan US$27 dari poketnya sendiri kepada 42 orang wanita. Apabila perniagaan mereka sudah membuahkan hasil, mereka perlu memulangkan pinjaman mereka. Anak-anak mereka juga dipastikan mendapat pendidikan formal. Untuk lebih maklumat mengenai Dr. Mohamed Yunus, boleh klik di sini.
Seorang lagi lelaki yang membuatkan saya kagum ialah John Wood, mengasaskan programRoom To Read.
Lelaki ini sanggup meninggalkan pendapatan 6 angka di Microsoft semata-mata untuk menolong anak-anak Nepal yang tiada kaitan dengannya. Semuanya bermula dengan pengembaraannya ke kawasan pedalaman Nepal.
Apabila melihat anak-anak kecil di sini bersekolah tanpa buku, dia berjanji akan kembali dengan buku-buku. Dia pulang ke US dan mula mengumpulkan buku-buku untuk menunaikan janjinya.
Dia kemudian kembali ke Nepal dengan buku untuk anak-anak ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti dari Microsoft bagi menumpukan kepada kerja kebajikannya dan menubuhkan Room to Read.
Mungkin bagi orang ramai keputusannya adalah gila, tetapi katanya, "I'm feel great". Kini mereka sudah membina 5600 perpustakaan di negara-negara membangun seperti Nepal, Kemboja, India dan Vietnam.
Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda:
"Tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain." - AlBukhari dan Muslim
Saya sungguh kagum dengan orang-orang seperti mereka ini dan saya ingin menjadi seperti mereka. Saya tidak mahu hidup menjadi seseorang yang tidak memberikan sumbangan kepada orang lain.
Saya merasakan kita masih kekurangan dermawan yang kreatif di Malaysia khususnya dan dalam agama Islam amnya. Namun begitu, jika direnung kembali, semua ini sudah ada dalam konsep zakat, takaful iaitu konsep tolong menolong sesama kita.
Alangkah baiknya seandainya kita menjadi seperti sewaktu pemerintahan khalifah Umar dulu, semua yang mampu mengeluarkan zakat sehingga tiada orang yang layak menerima zakat.
Penerima zakat pula seharusnya sedar bahawa zakat diberikan supaya mereka dapat memperbaiki hidup mereka, bukan hanya untuk dituntut setiap bulan di pusat zakat.
Sebagai konklusi, saya ingin mengajak semua supaya menjadi kaya. Bukan sekadar kaya harta sahaja, kaya pahala juga.
Jadilah orang kaya yang sedar bahawa harta itu hanyalah pinjaman, bukan hak milik kita yang mutlak.
Dunia ini adalah ladang untuk akhirat, maka sedaya upayalah kita menanam pelbagai pohon agar kita dapat merasai nikmatnya di akhirat kelak.
Kini saya punya impian untuk mengubah nasib orang, sama ada yang saya kenal atau tidak. Saya telah mula menyusun strategi untuk melakukan sesuatu buat bangsa saya, terutama sekali untuk agama saya.
Saya cuma mahu melakukan sesuatu yang memberi impak kepada seseorang atau sesebuah keluarga sebelum saya menutup mata.
Semoga Allah sentiasa bersama dan meredhai niat saya ini.
Wallahualam~...
Nilai : Kalau diberi keizinan akan ku cube manjadi kaya.... (^^,)
5 comments:
aku pun nak kaya..
hahah jom sama2 kita menjadi kaya...
aku pun nak kaya..roti cicah kaya..huhuhu..makin kencang update ni..nak kaya cepat ni...huhuhu...
HKL : heheh kak bukan nak kaya saje nak mengupdate kang tak update ratu kebaya marah lak hehhe...
lagi satu aje mengisi masa lapang ketika kebosanan.. heheh
Yeah... Aku jua nak jadi kaya, kerana itu adalah nikmat dunia yang memang dimestikan... Rugi tak kecapi nikmat dunia yang sementara nih...
Post a Comment