sweetblack musuk2 sayang....

Sila tinggal URL korang kat sini

Monday, July 18, 2011

Bermula catatan yang baru untuk ku hari ini......


PENGERTIAN NISFU SYAABAN DAN AMALAN2 DIMALAM NYA
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
·         Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
·         Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
·         Membaca al-Quran.
·         Membaca Tasbih. (seratus kali)
·         Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
·         Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).

Solat-solat sunat :
Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknya memohon hajat
sesuatu).

Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

Sabda Rasulullah S.A.W. :-
“Rebutlah peluang lima sebelum lima :
·         Masa muda sebelum tiba masa tua.
·         Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
·         Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
·         Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
·         Masa hidup sebelum tiba mati.”

Sabdanya lagi :-
“Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya.”

Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi.

Semoga dalam keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam.


P/S : Saya dapat info diatas dari kawan, Terima kasih, 
        kawan semoga kita akan manjadi lebih baik dari
        semalam, sama-sama la kita usahakan yang terbaik 
        untuk diri kita... Selamat berjaya...
        

2 comments:

damha said...

slm nor...
sama2lah kita amalkan..
moga hidup kita penuh dgn keberkatan...
dan keredhoaan dunia n ahirat...amin

nORmAL said...

Insyaallah ... semoga berjaya...