sweetblack musuk2 sayang....

Sila tinggal URL korang kat sini

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

saje jew aku nak post... mari kita kongsikan ..... sila lihat ok....

Jika seorang wanita menangis dihadapanmu,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
itu berarti dia tak dapat menahannya lagi. 

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya....
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah....
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egoisnya....

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap
bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya....
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan....
Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan keranamu....
Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia
menginginkan simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki....
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah
kau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawapannya….
Pertimbangkanlah....
Kerana suatu hari nanti,
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk katakan ‘MAAF’!!

Monday, July 18, 2011

Bermula catatan yang baru untuk ku hari ini......


PENGERTIAN NISFU SYAABAN DAN AMALAN2 DIMALAM NYA
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
·         Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
·         Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
·         Membaca al-Quran.
·         Membaca Tasbih. (seratus kali)
·         Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
·         Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).

Solat-solat sunat :
Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknya memohon hajat
sesuatu).

Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

Sabda Rasulullah S.A.W. :-
“Rebutlah peluang lima sebelum lima :
·         Masa muda sebelum tiba masa tua.
·         Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
·         Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
·         Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
·         Masa hidup sebelum tiba mati.”

Sabdanya lagi :-
“Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya.”

Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi.

Semoga dalam keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam.


P/S : Saya dapat info diatas dari kawan, Terima kasih, 
        kawan semoga kita akan manjadi lebih baik dari
        semalam, sama-sama la kita usahakan yang terbaik 
        untuk diri kita... Selamat berjaya...
        

Thursday, July 14, 2011

Lelaki + Wanita = Setuasi dan keadaannya...

Assalamualaikum


Semua kepada semua pembaca saya yang setia atau pun tak heheheh...
pape pun diucapkan terima kasih la sudi jugak menjeguk blog saya yang tah pape ini...


saya ada satu artikel yang hendak dikongsikan pada anda semua... best dan menark perhatian saya la jugak... tapi bukan nak menpersendakan kaum adam.. artikel ini pun saya dapat dari abang Asada Ryutaro... heheh abang Asada saya share dengan yang lelain mintak kebenaran yew.. hehhe.. kalo tak bagi pun saya tetap nak ambik jugak... 


ok kepada anda semua sila la baca k... peace senyum selalu...



001
Bila perempuan layan dengan baik, lelaki akan kata.. "minah ni jatuh cinta kat aku la"
tapi..
Bila perempuan tak layan, lelaki akan kata.. "pehh.. sombong giler perempuan ni"

002
Bila perempuan pakai baju lawa-lawa jumpa dia, lelaki akan sangka.. "minah ni nak ngorat aku la ni, pakai lawa-lawa.. padahal jumpa kat depan pintu je."
tapi..
Bila perempuan pakai selekeh.. lelaki akan kata.. "minah ni kuno betul.. orang ke apa ni?"

003
Bila perempuan membangkang, lelaki akan kata "keras kepala betul minah ni.."
tapi..Bila perempuan diam senyap, lelaki akan kata.. "takde otak ke?"

004
Bila perempuan lebih bijak, lelaki akan kata.. "ala.. aku saje bagi chance kat dia"
tapi..
Bila lelaki lebih bijak, dengan bangganya lelaki kata "hahaha.. orang hebat, biasa la"

005
Bila perempuan tak cintakan dia, lelaki akan sedaya upaya memujuk & merayu.
tapi..
Bila perempuan dah cintakan dia, sedaya upaya lelaki cuba meninggalkan perempuan tu.

006
Bila perempuan luahkan masalah kat dia, lelaki akan kata "banyak betul masalah minah ni, heh!"
tapi..
bila perempuan tak mau kongsi masalah, lelaki akan kata "ala.. you ni tak percayakan i la.."

007
Bila perempuan membebel, lelaki akan kata " you ni macam mak nenek tau.. hari- hari bebel kat i."
tapi..
Bila lelaki yang membebel, lelaki akan kata.. "i bukan apa, i sayang kat you.."

008
Bila perempuan tak tepati janji, lelaki akan kata.. " you ni tak leh dipercayai la"
tapi..
Bila lelaki tak tepati janji, lelaki akan kata.. "i terpaksa buat macam ni you.. "

009
Bila perempuan merokok, lelaki akan kata.. "pehh.. minah merokok. gila teruk dia ni."
tapi..
Bila lelaki merokok, lelaki akan kata.. "merokok baru la gentleman.." [merokok membahayakan kesihatan]

010
Bila perempuan sakiti hati, lelaki akan kata.. "you ni kejam kat i.. sampai hati you.."
tapi..
Bila lelaki pulak yang buat, dengan selambanya lelaki kata.. "ala.. you ni sensitive la.."


P/S : bagi saya yang bernama cik normal nie.. semua diatas ada kebenarannya huhu sila la 
        memahami kami kaum wanita ..

Friday, April 29, 2011

FaDiLaT mEmBaCa SuRoH mAnZiL.

Assalamualaikum...

salam sejahtera.. hari ini tiada entry yang  nak nak diceritakan sangat...
hanya hari ini nak kongsikan satu email yang aku dapat fadilat membace surah manzil.. 
bila aku bace rasanya elok benarlah aku kongsi dengan rakan-rakan sekalian kan hehhe...anggaplah macam tazkiroh pagi jumaatkan.... Ok kang banyak sangat aku dok melalut korang penin lalat karang korang nanti kan..
baik lah sila bace dan hayati email yang aku dapat nie ok kawan...


Soalan:
Apa itu manzil?

Jawapan:
Manzil ialah satu set ayat-ayat suci al-Qur'an al-Kareem yang digunakan untuk mencegah dan merawat sihir.
Kewujudan sihir disebut dlm al-Qur'an al-Kareem,

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.  [2:102]

Antara senarai manzil yang terdapat dalam al-Qur'an al-Kareem:
1. Surah Al-Fatihah [1:1-7].
2. Surah Al-Baqarah [2:1-5].
3. Surah Al-Baqarah [2:163].
4. Surah Al-Baqarah [2:255-257].
5. Surah Al-Baqarah [2:284-286].
6. Surah 'Ali 'Imran [3:18].
7. Surah 'Ali 'Imran [3:26-27].
8. Surah Al-'A'raf [7:54-56].
9. Surah Bani Israil [17:110-111].
10. Surah Al-Mu'minun [23:115-118].
11. Surah As-Saffat [37:1-11].
12. Surah Ar-Rahman [55:33-40].
13. Surah Al-Hashr [59:21-24].
14. Surah Al-Jinn [72:1-4].
15. Surah Al-Kafirun [109:1-6].
16. Surah Al-Ikhlas [112:1-4].
17. Surah Al-Falaq [113:1-5].
18. Surah An-Nas [114:1-6].

Ayat-ayat manzil ini boleh dibaca sekali atau dua kali sehari (pada waktu pagi dan petang).
\
:senyum:
selalu saye amalkan ayat ini
untuk pendinding diri
dan pernah menggunakan ayat ini untuk mengeluarkan makhluk halus
elok dibaca untuk mengeluarkan makhluk halus dalam tubuhnya
ada 2 jenis
manzil biasa dan manzil fadhilat
manzil fadhilat dibaca dengan diselawatkan kepada para nabi
 para sahabat
dan orang yang membuat manzil itu
manzil fadhilat ini lama
sekurang2nya 45 minit...
ayatnya dibaca berulang kali
ada yang 3x
7x
11x
ilmu ini diijazahkan oleh ustaz saya ustaz hasrin hakim bin sulong'
semoga mendapat mabfaatnya
insyaallah
,manzil ini juga bagus untuk mengelakkan sihir
kalau dibaca untuk mengubati orang
bacalah dalam bulatan dan orangnyang terkena rasukan makhluk halus itu didalam tengah2 bulatan
jangan lah berganjak walaupun ianya mengganas
apabila sudah lemah barulah berkomunikasi dengannya
alhamduliillah apabila saya buat menjadi
sama2lah kita amalkan...









P/S : lihat dia dah berjaya melakukannya... so marilah kita amalkan semoga berjaya 
        senyum sokmo pagi jumaat :-)...........




Monday, April 25, 2011

Mengenal penyakit melalui bahasa tubuh..

Assalamualaikum..


Selamat menjalani pagi Isnin yang ceria da kepada rakan rakan yang berkerja selamat berkerje dengan bersemagat ok...


hari ini nak berkongsi sikit maklumat yang saya dapat dari pada internet untuk bacaan kita semua  yang di olah oleh: Tuan Hj. Ismail b. Hj. Ahmad Pengarah Urusan / Rektor KPJ Tarikh : Oktober 2008. bahan bacaan ini menceritakan tentang bahasa badan yang boleh mentafsirkan penyakit mengikut bentuk tubuh badan dan warna yang terdapat pada mata kita serta untuk mengawal penyakit dan ubat perlu diambil... ok la malas nak cerita panjang sila bace dia bawah ok ..

1. Bahagian mata putih
a) Mata putih terdapat warna kekuningan , terdapat 3 tafsiran:
i- Jangkitan virus seperti hepatitis.
ii- Keracunan logam berat.
iii- Masalah batu hempedu

b) Mata putih berwarna kemerahan , terdapat 2 tafsiran:
i- Kekurangan air atau dehidrasi.
ii- Jangkitan kuman (interfeksi).

2. Bahagian mata hitam
a) Lingkaran putih di hujung iris ;
i- Menandakan kandungan kolestrol yang tinggi.
ii- Disebabkan oleh faktor pemakanan dan genetik. Elakkan makanan bergoreng.
iii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Vitex.

b) Lingkaran hitam di hujung iris ;
i- Menandakan kehadiran asid urik berlebihan.
ii- Rawatan paling sesuai adalah berbekam.
iii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Ardisia.

c) Lingkaran gelang iris ;
i- Menandakan mengalami gangguan tekanan perasaan.
ii- Rawatan yang dicadangkan adalah memperbetulkan tulang belakang.
iii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Spirulina.

d) Lingkaran biru di hujung iris ;
i- Menandakan terdapat masalah perjalanan darah.
ii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Malac.

3.Berdasarkan keadaan lidah: KEADAAN LIDAH, KEADAAN TUBUH
 - Licin, Sejuk
- Hujung lidah merah, Kolestrol
- Ketumbuhan, Panas
- Bergerigi, Panas 
- Pinggir berlekok, Panas

4. Berdasarkan warna lidah: WARNA, MASALAH ORGAN DALAMAN
- Merah, Jantung atau usus kecil
- Putih, Paru-paru atau usus besar 
- Hijau, Hati atau pundi hempedu 
- Kuning, Limpa atau perut 
- Hitam Ginjal atau pundi kencing

5.  Suhu tapak tangan
i- Tapak tangan panas tetapi kaki sejuk,ia menandakan masalah pada bahagian perut dan ke bawah.
ii- Tapak tangan panas dan kaki panas, ini menandakan masalah pada bahagian kepala.

6.  Kelembapan
i- Tapak tangan berpeluh, dikaitkan 3 organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif.
ii- Tapak tangan kering dan cengkung menandakan imuniti yang rendah dan mudah diserang penyakit.

7. Jari gemuk atau runcing
i- Jari gemuk di pangkal menandakan kandungan asid urik dalam darah.
ii- Jari runcing di hujung menandakan kencing manis.

8. Jari yang bengkok
i- Bengkok di jari kelingking menandakan masalah pada bahagian tulang.
ii- Bengkok di bahagian jari lain dikaitkan dengan maslah saraf.

9. Kuku bergelombang
i- Menandakan logam berat dalam badan.

10. Urat-urat biru yang timbul
i-Menandakan tekanan (stress)

11. Biru di perut tapak tangan
i-Menandakan masalah resdung

12. Tompok putih di tapak tangan
i- Dikaitkan dengan masalah angin dalam badan

13. (a) Denyutan nadi kuat
i- Menandakan darjah kepanasan yang tinggi.
ii- Panas di dalam ditandakan oleh tapak tangan sejuk, nafas berbau, badan berbau dan nafas yang kuat.
iii- Panas di luar ditandakan oleh tapak tangan yang panas.

b) Denyutan nadi lemah;
i- Menandakan kelemahan sistem tubuh. Ia berfaktor daripada cuaca, kuman, hormon, makanan, ketumbuhan, predaran darah, penyakit dan lain-lain.

c) Pendapat Ibnu Sina mengenai nadi;
i- Demam, kelajuan nadi menunjukkan tahap demam.
ii- Nadi bergegaji, berlaku bengkak di bahagian membran dan diafragma.
iii- Nadi berombak, bengkak pada paru-paru.

http://www.slideshare.net/hpa_online/bahasa-tubuh-nk-print-presentation





Note* marila kita sama mulakan hidup yang sihat...

Monday, February 7, 2011

Sesuatu yang boleh dipertimbangkan ape pandangan semua ????






NIKAH KHITBAH (NIKAH GANTUNG) TIKET UNTUK BER'COUPLE'




Dari seorang adindaku.

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.


Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, 
hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.


Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.  Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)  Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!


dipetik dari Ustaz Hashim Al-Maranji

Wednesday, January 26, 2011

Aku nak jadi KAYA.....

Salam semua selamat pagi semoga semua sihat sejahtera...

Sila bace entry nie best boleh dijadikan panduan...

Niat sesorang kenapa dia nak jadi Kaya....


Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya; Rasulullah saw telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" - Attarmidzi
Saya bukan materialistik, saya bukan mata duitan, tapi saya suka jadi kaya, saya suka ada wang, saya tidak suka miskin. Agama saya suruh saya jadi kaya, agama saya tak pernah suruh saya jadi miskin dan tidak berusaha.
Sejak akhir-akhir ini keinginan untuk menjadi kaya bertambah-tambah kuat. Saya semakin semangat untuk belajar sebab saya nak jadi kaya. Saya nak ada wang. Saya nak buat itu, saya nak buat ini.
Tapi tahu tak apa yang membuatkan saya bersemangat? Cuma satu ayat sahaja, "Islam suruh kita jadi kaya" kata ustazah subjek Islamic Studies yang wajib diambil untuk ke oversea.
Saya tersentak waktu itu. Saya rasa, " Aah kan, Islam tak suruh kita jadi miskin,"..
TETAPI..
Islam suruh kita jadi kaya bukan sebab nak bermegah, bukan sebab nak kahwin dekat Hotel Palace of Golden Horses, bukan sebab nak ada  rumah 30 bilik, kereta 13 buah, tapi sebab nak suruh kita mampu bayar zakat, sebab nak suruh kita menolong orang lain, supaya kita tidak meminta-minta,supaya kita tidak berhutang keliling pingggang, mengharap belas ihsan dari orang. 
Islam suruh kita usaha. Ini yang Islam terapkan dalam diri kita. Berusaha untuk mencapai keinginan dan impian kita.
Harta tak kan jatuh berdebuk dari langit, dan makanan tak kan datang sekadar dengan membuka mulut kita. Dalam dunia sekarang ini, semua perlukan wang.  Bak kata orang, "Nak masuk toilet pun kene bayar!"
Dulu saya tak ada impian, saya cuma ada angan-angan. Saya bukan seorang yangdetermination, saya akan membuat keputusan dan pilihan pada waktu yang diperlukan.
Saya biarkan impian saya itu umum supaya saya tidak tertekan dengan impian saya.
Tetapi sekarang saya mula memasang impian supaya saya ada hala tuju hidup, supaya saya jadi kaya bersebab. Saya mahu jadi orang yang menerima untuk memberi. Saya mahu menolong orang, membuat kebajikan.
Adakah saya ingin berbangga diri dan dipuji dengan menyatakan ia disini?? Tidak sama sekali. Saya tahu pembaca blog saya kebanyakan adalah rakan-rakan saya dan orang yang hampir sebaya dengan saya.
Pasti dari kalangan mereka ini adalah bakal-bakal doktor, jurutera, arkitek, pengkaji, aktuari, akauntan, dan bermacam-macam lagi pekerjaan yang pendek katanya akan memberikan hasil yang lumayan, yang akan melayakkan mereka memberi zakat.
Oleh itu, di sini saya menyeru agar bakal-bakal pemberi zakat ini supaya menunaikan tanggungjawab mereka apabila sudah mampu nanti, dan memberikan sesuatu lebih dari zakat, iaitu sedekah.
Saya suka melihat kerja kebajikan yang dilakukan Oprah Winfrey dan juga orang-orang yang melakukan kebajikan yang ditampilkan dalam talk show nya. Ya, saya tahu dia adalah Kristian dan pengkritik Islam, tapi saya rasa tidak salahkan saya mengagumi kebajikan yang dibuatnya? Tidak salah untuk saya mencontohi kebajikan yang dibuatnya.
Ayah saya selalu kata, "Sayang, dia bukan Islam. Sia-sia sahaja kebajikan yang dia buat," Kebajikan yang dibuat olah orang-orang kafir ini hanyalah bagai debu-debu yang berterbangan.
Firman Allah Taala:
"Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" - Allail:8-11
Saya sungguh kagum melihat orang-orang yang kreatif dalam melakukan kebajikan, bukan hanya sekadar memberi cek palang dalam konsert-konsert amal, tetapi  membina dan mengubah kehidupan dan masa depan seseorang.
Dari sumbangan yang sedikit, mampu mengubah hidup ramai orang.
Saya ambil contoh Dr. Muhammad Yunus, penerima anugerah Noble, pengasas Grameen Bank di Bangladesh.
Formula yang digunakan sungguh mudah, iaitu dengan memberikan pinjaman mikro tanpa bunga bagi golongan ibu-ibu untuk memulakan perniagaan ini adalah keran dia sedar masalah kemiskinan di Bangladesh adalah akibat pinjaman mengenakan bunga yang tinggi. Pinjaman yang diberikan sungguh kecil, cuma sebagai modal perniagaan, bukan untuk menyara hidup.
Pada permulaannya, dia hanya memberikan US$27 dari poketnya sendiri kepada 42 orang wanita.  Apabila perniagaan mereka sudah membuahkan hasil, mereka perlu memulangkan pinjaman mereka. Anak-anak mereka juga dipastikan mendapat pendidikan formal. Untuk lebih maklumat mengenai Dr. Mohamed Yunus, boleh klik di sini.
Seorang lagi lelaki yang membuatkan saya kagum ialah John Wood, mengasaskan programRoom To Read.
Lelaki ini sanggup meninggalkan pendapatan 6 angka di Microsoft semata-mata untuk menolong anak-anak Nepal yang tiada kaitan dengannya. Semuanya bermula dengan pengembaraannya ke kawasan pedalaman Nepal.
Apabila melihat anak-anak kecil di sini bersekolah tanpa buku, dia berjanji akan kembali dengan buku-buku. Dia pulang ke US dan mula mengumpulkan buku-buku untuk menunaikan janjinya.
Dia kemudian kembali ke Nepal dengan buku untuk anak-anak ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti dari Microsoft bagi menumpukan kepada kerja kebajikannya dan menubuhkan Room to Read.
Mungkin bagi orang ramai keputusannya adalah gila, tetapi katanya, "I'm feel great". Kini mereka sudah membina 5600 perpustakaan di negara-negara membangun seperti Nepal, Kemboja, India dan Vietnam.
Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda:
"Tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain." - AlBukhari dan Muslim
Saya sungguh kagum dengan orang-orang seperti mereka ini dan saya ingin menjadi seperti mereka. Saya tidak mahu hidup menjadi seseorang yang tidak memberikan sumbangan kepada orang lain.
Saya merasakan kita masih kekurangan dermawan yang kreatif di Malaysia khususnya dan dalam agama Islam amnya.  Namun begitu, jika direnung kembali, semua ini sudah ada dalam konsep zakat, takaful iaitu konsep tolong menolong sesama kita.
Alangkah baiknya seandainya kita menjadi seperti sewaktu pemerintahan khalifah Umar dulu, semua yang mampu mengeluarkan zakat sehingga tiada orang yang layak menerima zakat.
Penerima zakat pula seharusnya sedar bahawa zakat diberikan supaya mereka dapat memperbaiki hidup mereka, bukan hanya untuk dituntut setiap bulan di pusat zakat.
Sebagai konklusi, saya ingin mengajak semua supaya menjadi kaya. Bukan sekadar kaya harta sahaja, kaya pahala juga. 
Jadilah orang kaya yang sedar bahawa harta itu hanyalah pinjaman, bukan hak milik kita yang mutlak.
Dunia ini adalah ladang untuk akhirat, maka sedaya upayalah kita menanam pelbagai pohon agar kita dapat merasai nikmatnya di akhirat kelak.
Kini saya punya impian untuk mengubah nasib orang, sama ada yang saya kenal atau tidak. Saya telah mula menyusun strategi untuk melakukan sesuatu buat bangsa saya, terutama sekali untuk agama saya.
Saya cuma mahu melakukan sesuatu yang memberi impak kepada seseorang atau sesebuah keluarga sebelum saya menutup mata.
Semoga Allah sentiasa bersama dan meredhai niat saya ini.
Wallahualam~...

Nilai : Kalau diberi keizinan akan ku cube manjadi kaya.... (^^,)