sweetblack musuk2 sayang....

Sila tinggal URL korang kat sini

Showing posts with label Cerita dekat opis aku... Show all posts
Showing posts with label Cerita dekat opis aku... Show all posts

Monday, May 16, 2011

Lorry.. (06.05.11) dan hari ini juga Lorry

Assalamualaikum ....






Selamat Pagi kepada semua rakan-rakan ku sekalian...
nak cerita sikit bukan apa lak bagi tahu jew pengalaman pergi kerja naik lorry...
hehehe best cuma penat nak panjat lorry to sakit bahu di buatnya...hakhak lagi-lagi la masa hari jumaat to..
aku panjat lorry pakai baju kurung cuba korang bayangkan mcam mana dengan badan aku yang montel nie hehe.. tapi hari ini senang sikit laa sebab pakai seluar... satu masalah aku bila nak turun mesti kaki terkehel sikit nasib baik pandai cover huhu kalu tak mau terseliuh terus huhuhu....




Dah sampai tempat keje biasa arr kan naik lorry mane ada perempuan pergi kerja naik lorry macam aku .. aku ini istemewa sikit hakhakhak... bila sampai tempat keje lelaki kat tempat keje aku suma pewittt kat aku...
masa mula-mula sekarang diorang dah tak kisah kira aku hebat arrr.. nak tau lorry apa aku naik lorry tanker bos abang ipar aku punya .. best naik lorry ini tinggi nampak sumua permandangan indah ... Tapi aku cakap pemandu lorry memang terbaik... ingat senang kew nak panjat nak turun lorry sakit badan ooo.. sekarang aku tengah menaip nie pon still sakit bahu... dah la malas nak cerita lebih korang tengok arr gambar aku naik lorry ini....











Lihat wajah ceria naik lorry, mak sakit bahu huhuhu....




Pandang depan baik lorry to ish2 ish.. hati hati berat to terkedek-kedek.. 




Abang ipar aku , masa nie tengah wat pusingan nak anta aku ke tempat keje.. .
sebenarnya tempat keje aku dengan abang ipar aku bersebelahan jew... 



Taaa daaa ini la lorry yang aku naik, gambar ini aku ambik dari bilik bos besar aku tau..
korang tenyap-tenyap jangan bagi tahu sama dia tau... heheh..


Monday, April 18, 2011

Pagi Isnin

Assalamualaikum 





Hari ini hujan + guruh sabung menyabung membuat ku tak tidor  sampai pagi...
hari ini pergi kerja dengan muka ngantok  + segar dengan kena hujan gerimis pagi tadi...
hari ini juga kakak aku Ratu Kebaya tidak kerja ambil cuti huhuhu bestnya kalau dapat bercuti macam dia..
tapi tak boleh kena simpam cuti untuk raya dan untuk hal-hal penting hujung tahun nanti hehhe...


Semalam tak keluar pergi mana-mana pergi kenduri Mak mentua kak (kak Inor) aku pun aku tak pergi...
malas + penat * sedih = tidur sehari suntuk tak ingat dunia hahhahahha......



So hari ini aku kena  hepi + banyak kerja  = aku kena bertenag  untuk siapkan kerja..hahah
banyak kerja tertunggak ini, tapi sempat jugak arr update blog lagi, dan itu seharusnya ok...




kepada rakan-rakan sekalian selamat menjalankan kerja anda dengan berhemah cewaaahhhhh hehhe..... (aku pon sekali kena berhemah)







Google





Note *  Siapa suruh tak siapkan kerja minggu lepas padan muka sendiri hehhe

Friday, April 15, 2011

Al-Fatihan Buat Ayahnda Kak Pah..

Assalamualaikum....


Selamat pagi kepada rakan-rakan ku sekalian...


Semoga semua sihat dan bergembira bersama keluarga tersayang.....


Pagi ini bila saya sampai ke Opis saya dikejutkan dengan berita kematian ayahanda rakan sekerja saya Cik.Saripah, dan akan di ke bumikan pada awal pagi ini oleh itu marilah kita titipkan Al-Fatihah agar tenang Arwah di sana... 


Kepada kak Pah Salam takziah saya ucapkan kepada akak sekeluarga , saya harap akak dapat bersabar dan redha untuk melepaskan arwah pergi dengan tenang...Maaf kan saya tak dapat ziarah kuarga akak di sana... 









Note*   Semoga Arwah di cucuri Rahmat Ilahi hendaknya.... Amin...


Tuesday, April 12, 2011

Tergempar!! pengalaman yang menyeramkan..........

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Harap-harap kawan-kawan semuanya sihat dan hepi -hepi selalu...
hari ini tak ada apa sangat nak cerita cuma nak cerita satu pengalaman yang aku lihat buat pertama kalinya pada Jumaat (08.04.2011) lepas...


Dekat opis ada seorang kawan, budak baru masok dan lelaki tiba tiba macam orang kena rasuk...
giler tergempar semua orang takut termasuk aku.. seram sejuk dibuatnya sampai aku tulis entry nie pun masih takut.. sebab apa aku tulis entry nie kat opis dan sesorang lak tu.. tempat dia kena kat bilik depan aku jew... dah la dinding depan aku cermin boleh nampak bilik dia....



Tadi masa aku sampai kat opis pun aku sesorang datang awal la katakan...
lalu sebelah bilik dia adoyai meremang bulu di buatnya macam terdengar suara budak lelaki tu menjerit huhu...
nak langkah naik tangga tu bermacam-macam doa aku baca punya kecut perut aku...
nak buka pintu bilik aku pon terketar-ketar aku dibuatnya huhuh...




Sekarang budak tu tak ada dia balik kampung dia berubat kut huhuhu...budak tu cerita kat kak long dia ada saka betul kah?? huhuhu... kalau betul jangan la dia kacau hidup aku  aku tak mahu... mau pengsan kalau dia muncul kat depan aku bukan budak tu tapi dia punnya saka ..kalau pengsan tak apa buatnya K.O macam mane??...




emmm pape pun aku harap semuanya baik-baik sebab setengah tahun aku kerje kat sini nie baru pertama kali berlaku.. sedangkan kak Izan yang keje kat sini dah sebelas tahun pun baru hadapi perkara ini pertama kalinya huhuhu....semoga Allah swt melindungi kami..... kepada budak tu kami harap dia sembuh sebaiknya...






Note * adakah korang penah rasa apa yang aku rasa ceritakan lah pengalaman korang ???