sweetblack musuk2 sayang....

Sila tinggal URL korang kat sini

Wednesday, March 30, 2011

Pagi sampai opis...

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera

Rutin harian pagi-pagi biasanya aku on computer lepas to ape lagi ...
benda utama yang aku layari mesti la facebook  apa aku pon tak tahu,
padahal bukan ada orang nak komen aku pon ,Mungkin dah biasa kot mesti nak buka tengok perkembangan kawan-kawankan .. biasa la akukan kawan sejati yang sentiasa setia dengan kawan-kawan ku heheh (pelasan)

Selepas facebook benda kedua yang paling penting dan paling utama aku nak hadap apa lagi mestilah blog aku lakan  ...kenapa sebab aku suka masuk blog orang bace blog orang walaupon kadang-kadang jarang masuk atau pun aku masuk tapi tak komen.. bukan tak nak komen takut nak komen sebab tak tahu nak komen ape kang salah komen dah jadi lain lebih baik diam daripada komen benda yang salahkan heheh...  
Tapi kalau ada blog yang aku komen to, mungkin sebab aku rasa aku boleh komen blog to hehhe...Lagi satu aku mesti lak nak tengok siapa komen blog aku kan dan kene la balas komen-komen korang semua betol tak ... dan kepada kawan-kawan yang sudi komen blog aku terima kasih banyak banyak yea.. sudi membace blog aku yang tunggang langgang ini ... Terima Kasih... (",)

Tapikan apa sebab aku nak cerita fasal blog dengan facebook nie kan .. ermm senang cerita aku tak tahu nak isi ape dalam blog aku nie ...tak update kesian pulak aku tengok blog aku nie kan ....



 Gambar dari google....


Note * kawan-kawan semua senyum-senyum selalu semoga ceria semuanya...




Tuesday, March 29, 2011

Cari makan...



Assalamualaikum
&
salam sejahtera...

dah lama tak update blog nie sibuk sedekit dan sebenarnya tak ada idea nak isi otak ku beku,...
jadi oleh itu aku nak kongsi gambar dan tempat makan aku pergi minggu lepas boleh tahan sedap jugak la makanan yang sediakan walaupon ala makanan biasa jew... tapi yang best to Laksa serawak asyik dengar nama jew tapi tak penah makan so sekarang aku nak try sedap kew tak sedap..... jadi lihat la gamar dibawa..


Kawan2 semua tahu tak apa gambar hitam macam dalam frame nie ha nie la ,
Plug jalan-jalan cari makan yang Serina Tandatangan ,
.... Aku pon tak tahu tapi Si.Dia yang bagi tahu ape lagi '
aku pun ambil la gambar nak isi dalam blog aku ini hehe...





Ini pulak menu yang disediakan kalau nak tahu lebih lanjut sila la pergi ketempat ini ok...hehe
dan ape yang penting halal....




Ini pula pilihan minuman yang kami pilih asam boy,
dan holick panas urmmm sedap dan wangi holick ini..


Asian people memang best.... 




Last sekali pilihan makan yang melazatkan,
 ermmm sedap demakan hingga menjilat jari ...
Kisah hujung minggu mencari makan hehehe....






Note * Kalau anda nak tahu tempat ini terletak di lembah klang didalam Habour Place (MBO)
            Sila menikmatinya.... 

Friday, March 18, 2011

Penat..

Assalamualaikum 
&

Salam Sejahtera...





Hari tak da ape yang nak di update kan.....
sebab sekarang dalam keadaan merunsingkan huhuhu...
banyak keje, masalah suma la tak tahu macam mana nak selesaikan..
semua dugaan jadi sabar jew la selagi mampu...
harap2 dipermudahkan dengan segera....
penat minggu ini kepala sakit, 
Tak cukup tidor walaupun macam cukup jew kan...
susah nak cakap... 
rasa nak deman pon ada sakit kepala yang menjadi-jadi.....









note * runsingggggggggggnyaaaaaaaaaaaaaa............




Thursday, March 17, 2011

Cuti....

Assalamualaikum...
&
Salam sejahtera...



Cuti Cuti dan Cuti......
best semua orang Cuti...
Cuti sekolah ...
ambik Cuti...
dan MC pon kira Cuti jugakkan hehhe....
Bos besar aku pon Cuti...
Jadi makanya bila pulak aku nak Cuti nie...
huhhuhuu aku nak Cuti la...
bila masa yang sesuai untuk aku berCuti nie...
bila kerje aku nak selesai aku nak Cuti laaa ...
Cuti tunggu aku tau....
Aku nak Cuti.......
emmm.. 
nyamannya kalau dapat Cuti.....
macam di awang-awangan..
 hakhakhak..









note* hahaha itu jew aku nak cakap, yang aku nak cuti cemburu tengok orang bercuti......
          tah bila time aku lak......












Friday, March 11, 2011

Jumaat..

Assalamualaikum  dan selamat pagi...





 Hari ini  di pagi jumaat yang ceria just nak cakap semoga  rakan semua mengharungi  hari-hari yang bahagia...senyum selalu tau.....





Terima Kasih,









Senyum Kucing : malas nak update tak ada cerita best yang nak dikongsikan....

Tuesday, March 8, 2011

FaceBlog

Aku dah join FaceBlog... erm.. aku tengok ramai yang dah join.. macam menarik je kan.. jadinya aku taknaklah ketinggalan dengannya... walaupun dah ramai yang join aku pun nak jugak terselit diantara beribu blogger... walaupun hanya blogger picisan..

kalau ada yang antara korang belum join lagi FaceBlog ni.. korang boleh click kat simbol kat bawah ni ye...

korang akan disajikan dengan pembuka kata seperti dibawah

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Friday, March 4, 2011

KFC sekarang dengan KFC dulu-dulu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

mesti tertanya-tanya kan kenapa tajuk mcm tu?
huhu...dulu mase aku kecik2..selalu rasa nk mkn KFC taw...
family kitorag dulu agak susah la jgk..kalau mintak abah susah la nak rasa makan KFC huhuhu, dulu KFC nie makanan paling sedap dan mahal la sampai sekarang pon sodap tapi tak la mahal sangat macam dulu2,Yea la kan dulu duit seringgit nilainya besar,Seringgit macam sepuloh ringgit boleh beli macam-macam keropok hehehhe... Masa darjah aku satu sampai darjah enam duit belanje pon 50sen jew.. Mana taknya dulu air sirap 10sen dah dapat,Sekarang air sirap tak ada seringgit korang jangan harap la korang minum...Kalau miunum jugak silap-silap korang kena basuh pinggan kat dapur huhhuhuhu...

Aku nie walaupon anak bongsu patutnya boleh manje-manje tapi aku tak terdimanjekan oleh mak abah aku...tapi aku memang kira manje dengan abah mak aku tapi tak manje sangat la sampai macam anak raja kerja takyah buat aku dulu suma kerje umah kene buat termasok tolong diorang cari sayur kalau tak buat mau menanah telinga aku nie kena bebel dengan mak aku ... tapi kalau korang nak tahu aku memang suka kene bebel dengan mak aku sebab kalau dia membebel waktu pagi seumpama jam loceng untuk aku ... yerla aku bukan anak orang kaya mampu beli jam loceng hehhehe...(rindu nak dengar mak membebel nie hehe) 

berbalik kisah KCF dulu-dulu masa aku nak makan KCF kene tunggu hari raya sebab ape tunggu hari raya sebab masa itu suma adik beradik berkumpul dan diorang pon tong2 kumpul duit beli KFC makan beramai-ramai atau pon bila abang-abang dan akak-akak aku gaji dan baik hati atau terlebih dapat gaji kot baru la aku merasa nak makan KFC itu pun kadang-kadang jew dapat makan kadang-kadang tu setahun sekali baru dapat makan korang bayangkan dulu dengan sekarang...tapi kalau sekarang sebulan sekali dah boleh makan KFC ada ketikanya seminggu tu dua kali pon ada makan KFC bezanya KFC dulu dan sekarang... membezakan kesenangan sekarang dan kesusahan dulu-dulu huhuuhu....

lagi satu abah aku pon bukan tahu sangat pasal KFC nie lagi pon nak pergi beli pon tak tahu.. hehhe sekarang tak payah tunggu abah aku hehhe nak makan jew aku pergi sendiri dan dah ada duit sendiri walaupun tak banyak lepas la nak makan KFC sesorang heheh (mak abah aku tak makan KFC kalu makan to kerana terpaksa so lebih baik bawak mereka makan restorant tomyam jew) ....


motif aku cerita nie sebab terkenang keadaan masa dulu-dulukan betapa susahnya nak cari duit sekarang pun susah jugak tapi tak sesusah Abah dan mak aku dalam nak membesarkan aku kan diorang lagi susah nak cari duit suma kerja punca diorang nak dapatkan duit semua kerja berat macam aku nie just duduk depan komputer tekan je key board cukup bulan dapat gaji... macam dorang nak kene bercucuk tanam tengah panas dah bertahun baru dapat hasil itu pon sikit macam tanam kelapa sawit huhu lama jugak nak tunggu hasil betol tak?... 

dengan ini sebab KFC aku nak ucapkan terima kasih kat mak abah aku yang banyak susahkan diri menjaga aku selama ini... sehingga sakit-sakit badan kaki deman-deman membesarkan aku dan adik beradik aku yang lain... jasa diorang tak ada tandingannya dengan sesiapa pun tiada siapa pun dapat mengantikan diorang huhuhu... Tanpa mereka akau tidak mungkin dapat makan KFC sekarang ini... Terima Kasih Mak Abah... I Love MAK dan ABAH ... 


senyum kucing : tanpa mereka siapa lah aku(ABAH dan MAK) +  KFC)
Motif aku tengah rindu dengan mak Abah huhuu.......

Tuesday, March 1, 2011

Jejalan + santai ...penat tapi seronok....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua kekawan ku heheh....

nak cerita sikit tentang aktiviti aku pada hujung minggu lepas setelah tak jadi balik kampung kenduri kawan aku Rohani ... Tahniah la pada pengantin segalanya sudah selesai walaupun tanpa kehadiran aku huhuhu.. sedihnya tak dapat pergi kenduri dia hehhehe tapi pape pon aku tetap happy hehhe enjoy dengan anak-anak buah aku hehehhe.... enjoy-enjoy pon akhirnya aku berjaya juga selesaikan masalah aku yang melanda sejak bulan lepas heheh dengan senang hatinya semalam aku kol bank dan berckap dengan kak Shida ....

Aku : Kak shida saya nie siti akaun bank dah siap kak boleh la potong huhhuhu...
Kak Shida : dah dik siap ke, baik nanti akak potong terus nanti yea... 
Aku : baik kak , Terima Kasih
Kak Shida : sama-sama .
Heheh Selesai... 
Di Bawah lak gambar kami melepak sepanjang hari ahad ..
silalah cuci mata dengan gambar kami heheh...


Gambar ini aku ambik sebab masa nie kat dalam Esso Mobile bukit tinggi heehe masa nie kami tengah nak melantak serapan pagi sebelum pergi Maybank kat jasco bukit tinggi heheh .... Kereta parking kat dalam jasco haha jauh juga nak jalan huhuhu



Pertama kali makan kat dalam Esso nie On the Run..
suasana masa seronok to hehe best jugak makan kat sini .....




Ini la santapan pagi kami menjelang tengah hari hahha gila banyak makan macam mane nak kurus hehe..



Wajah kami yang ceria di pagi hari hehhe...
dah selesai makan aku pun segera pergi ke jasco ...takut ramai orang ..
tapi orang bank to cakap minggu to memang ramai orang sebaik aku tak terlambat heheh...




dah selesai masalah kad bank aku to aku pon jejalan kan jasco tapi aku tak ambik la gambar dalam jasco to kan ala korang pon bukan tak penah pergi heheh... Habis kat jasco kami pergi ke tesco la suma yang ada perkatan (co) kat belakang kami terjah berjalan sampai bengkak kaki hehhe...
tak Habis kat tesco kami pergi Jalan Taiping Kelang pulak cari baju raya anak buah aku.. Jalan punya jalan perot pon lapar so singgah makan kat situ dekat-dekat jalan taiping tu jugak nama tempat makan to
Amat Char Koay Teow...........



Ini gambar dalam kedai...



Ini Pulak makanan yang aku dan eda pilih nasi kukus...
 along lak makan mee hailam hehe aku tak ambik lak gambar dia...tak sempat lapa sangat...


Ini masa tunggu makanan so nak jugak aku poshingkan 



dan akhir sekali heheh kami singgah pulak Tanjong Harapan melantak roti kami beli kat dalam jasco ...


Cute miute tak kita orang hehehhe (Perasan harusla kan kan )