sweetblack musuk2 sayang....

Sila tinggal URL korang kat sini

Showing posts with label HANDFHONE. Show all posts
Showing posts with label HANDFHONE. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Idaman ku

Assalamualikum ..

Selamat Tengah Hari ....
hari ini aku senyum bagaikan di awangan sebab benda yang aku idamkam kini dalam genggaman ..

So hari ini mood aku adalah sangat sangat sangat happy...

dan terima kasih kepada sidia kerana sudi menghadiahkan benda yang menjadi idaman ku ini...




Gambar dari Papa GOOGle

Ini la dia Samsung Galaxy S Plus...pemberian sidia
Kalu ikotkan hati mau S II tapi dapat yang ini pun dah alhamdullilah...
Buat sidia Terima Kasih Sangat Sangat Sangat Terima Kasih...







Note : Tapi problem jugak nie , kata Ratu Kebaya lepas nie jangan nak bagi alasan tak update blog 
          sebab tak ada hp tau...Huhuhuh tak leh lah nag cengkelat...





Semalam 1 tahun kami couple...(26/10/2010)












Tuesday, May 18, 2010

Touch Up

Last week kebetulan anak buah aku nak pergi dinner
dia suruh kakak aku make upkan..
make up ala kadar je..
asal tak selekeh sudah.

ni gambar semasa 80% di touch up..
gambar sebelum takder.. terlupa pulak nak snap..


yang ni pulak gambar dah siap touch up
gambar tengah tunduk sebab tgh engage kat phone
oklah tu ye.. dari takder.

lai..lai.. sape nak make up.. sila contact aku ye..
nanti dapatlah aku komisen 10% dari kakak aku..
hehehehe..

Wednesday, May 12, 2010

PENTING !!!!

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :

* # 0 6 #

tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)
Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telefon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.
Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.
Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.
Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain.