sweetblack musuk2 sayang....

Sila tinggal URL korang kat sini

Friday, January 28, 2011

Seloka emmm Menarik......

Salam... Harap Semua sihat...

Seloka emmmm sebut tentang seloka nie ada satu seloka yang menarik perhatian aku dan dapat jugak la kena batang hidung sendiri (heheh sedar diri jugak aku niekan heh) lagi satu aku nie suka jugak la bace seloka kan biasa laaa budak sastera dulu... Sebab seloka nie banyak nasihat dan kelakar pon ada... Baiklah disebabkan aku suka bace seloka jadi aku telah menjumpai satu seloka yang memang tepaat dan padat mengenai sasar kepada dan didalam hidup ku hehehe.... nak tahu ape dia sila la bacenya.....




Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Syaitan sangat suka lah hati ,
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
C u m a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

nilai : Mari melaksanakannya...

Thursday, January 27, 2011

Buang Lah Ego mu...

Salam semua selamat pagi....

Hari ini tak ada cerita yang menarik nak diceritakan...
Tapi ada satu puisi yang saya bace menyentuh jiwa dan raga ku ini...
sama-sama la kita hayatinya....
bace lag dan fahamilah huhuhuhu (Insaf aku dibuatnya)



Apakah hatimu seperti batu?
Tidak sayu saudaramu dipalu,
Tidak pilu hilang peganganmu,
Tidak malu persendakan agamamu,
Biarkan nafsu menjaga dirimu.

Apakah kamu sudah lupa?
Pergerakanmu diperhatikan oleh Maha Esa,
'Illiyin dan Sijjin saksi rahsia di dada,
Terbongkar semua di hari Bencana,
Saat matahari seakan sejengkal dari kepala.

Rasulullah kekasihNya jadikan teladan,
Akhlaknya seperti al-Quran berjalan,
Kehadirannya membawa angin ketenangan,
Sentiasa berjalan memberi pesanan,
Ikutlah arahanNya laranganNya tingalkan.

Melihat mendengar nikmatNya padamu,
Langit dan bumi disediakan untukmu,
Gunakan akal dan mata hatimu,
Syukurlah dan sujud pada Tuhanmu,
Tunaikan perintahnya sehingga diseru.

Syurga dan neraka sudah dikhabarkan,
Sebagai hadiah juga amaran,
Setiap kamu bergelar insan,
Tiada terlepas dari perhitungan,
Kembalilah kepada sunnah Rasul dan al-Quran.

Marilah wahai saudara-saudaraku,
Bangunlah dari tempat beradu,
Bertaubatlah dari kesalahan lalu,
Janganlah lupa janganlah ragu,
Aku dan kamu milik Yang Satu.






Nilai : tak tahu nak cakap macam mane menikam jiwa....

Wednesday, January 26, 2011

Aku nak jadi KAYA.....

Salam semua selamat pagi semoga semua sihat sejahtera...

Sila bace entry nie best boleh dijadikan panduan...

Niat sesorang kenapa dia nak jadi Kaya....


Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya; Rasulullah saw telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" - Attarmidzi
Saya bukan materialistik, saya bukan mata duitan, tapi saya suka jadi kaya, saya suka ada wang, saya tidak suka miskin. Agama saya suruh saya jadi kaya, agama saya tak pernah suruh saya jadi miskin dan tidak berusaha.
Sejak akhir-akhir ini keinginan untuk menjadi kaya bertambah-tambah kuat. Saya semakin semangat untuk belajar sebab saya nak jadi kaya. Saya nak ada wang. Saya nak buat itu, saya nak buat ini.
Tapi tahu tak apa yang membuatkan saya bersemangat? Cuma satu ayat sahaja, "Islam suruh kita jadi kaya" kata ustazah subjek Islamic Studies yang wajib diambil untuk ke oversea.
Saya tersentak waktu itu. Saya rasa, " Aah kan, Islam tak suruh kita jadi miskin,"..
TETAPI..
Islam suruh kita jadi kaya bukan sebab nak bermegah, bukan sebab nak kahwin dekat Hotel Palace of Golden Horses, bukan sebab nak ada  rumah 30 bilik, kereta 13 buah, tapi sebab nak suruh kita mampu bayar zakat, sebab nak suruh kita menolong orang lain, supaya kita tidak meminta-minta,supaya kita tidak berhutang keliling pingggang, mengharap belas ihsan dari orang. 
Islam suruh kita usaha. Ini yang Islam terapkan dalam diri kita. Berusaha untuk mencapai keinginan dan impian kita.
Harta tak kan jatuh berdebuk dari langit, dan makanan tak kan datang sekadar dengan membuka mulut kita. Dalam dunia sekarang ini, semua perlukan wang.  Bak kata orang, "Nak masuk toilet pun kene bayar!"
Dulu saya tak ada impian, saya cuma ada angan-angan. Saya bukan seorang yangdetermination, saya akan membuat keputusan dan pilihan pada waktu yang diperlukan.
Saya biarkan impian saya itu umum supaya saya tidak tertekan dengan impian saya.
Tetapi sekarang saya mula memasang impian supaya saya ada hala tuju hidup, supaya saya jadi kaya bersebab. Saya mahu jadi orang yang menerima untuk memberi. Saya mahu menolong orang, membuat kebajikan.
Adakah saya ingin berbangga diri dan dipuji dengan menyatakan ia disini?? Tidak sama sekali. Saya tahu pembaca blog saya kebanyakan adalah rakan-rakan saya dan orang yang hampir sebaya dengan saya.
Pasti dari kalangan mereka ini adalah bakal-bakal doktor, jurutera, arkitek, pengkaji, aktuari, akauntan, dan bermacam-macam lagi pekerjaan yang pendek katanya akan memberikan hasil yang lumayan, yang akan melayakkan mereka memberi zakat.
Oleh itu, di sini saya menyeru agar bakal-bakal pemberi zakat ini supaya menunaikan tanggungjawab mereka apabila sudah mampu nanti, dan memberikan sesuatu lebih dari zakat, iaitu sedekah.
Saya suka melihat kerja kebajikan yang dilakukan Oprah Winfrey dan juga orang-orang yang melakukan kebajikan yang ditampilkan dalam talk show nya. Ya, saya tahu dia adalah Kristian dan pengkritik Islam, tapi saya rasa tidak salahkan saya mengagumi kebajikan yang dibuatnya? Tidak salah untuk saya mencontohi kebajikan yang dibuatnya.
Ayah saya selalu kata, "Sayang, dia bukan Islam. Sia-sia sahaja kebajikan yang dia buat," Kebajikan yang dibuat olah orang-orang kafir ini hanyalah bagai debu-debu yang berterbangan.
Firman Allah Taala:
"Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" - Allail:8-11
Saya sungguh kagum melihat orang-orang yang kreatif dalam melakukan kebajikan, bukan hanya sekadar memberi cek palang dalam konsert-konsert amal, tetapi  membina dan mengubah kehidupan dan masa depan seseorang.
Dari sumbangan yang sedikit, mampu mengubah hidup ramai orang.
Saya ambil contoh Dr. Muhammad Yunus, penerima anugerah Noble, pengasas Grameen Bank di Bangladesh.
Formula yang digunakan sungguh mudah, iaitu dengan memberikan pinjaman mikro tanpa bunga bagi golongan ibu-ibu untuk memulakan perniagaan ini adalah keran dia sedar masalah kemiskinan di Bangladesh adalah akibat pinjaman mengenakan bunga yang tinggi. Pinjaman yang diberikan sungguh kecil, cuma sebagai modal perniagaan, bukan untuk menyara hidup.
Pada permulaannya, dia hanya memberikan US$27 dari poketnya sendiri kepada 42 orang wanita.  Apabila perniagaan mereka sudah membuahkan hasil, mereka perlu memulangkan pinjaman mereka. Anak-anak mereka juga dipastikan mendapat pendidikan formal. Untuk lebih maklumat mengenai Dr. Mohamed Yunus, boleh klik di sini.
Seorang lagi lelaki yang membuatkan saya kagum ialah John Wood, mengasaskan programRoom To Read.
Lelaki ini sanggup meninggalkan pendapatan 6 angka di Microsoft semata-mata untuk menolong anak-anak Nepal yang tiada kaitan dengannya. Semuanya bermula dengan pengembaraannya ke kawasan pedalaman Nepal.
Apabila melihat anak-anak kecil di sini bersekolah tanpa buku, dia berjanji akan kembali dengan buku-buku. Dia pulang ke US dan mula mengumpulkan buku-buku untuk menunaikan janjinya.
Dia kemudian kembali ke Nepal dengan buku untuk anak-anak ini. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti dari Microsoft bagi menumpukan kepada kerja kebajikannya dan menubuhkan Room to Read.
Mungkin bagi orang ramai keputusannya adalah gila, tetapi katanya, "I'm feel great". Kini mereka sudah membina 5600 perpustakaan di negara-negara membangun seperti Nepal, Kemboja, India dan Vietnam.
Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda:
"Tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain." - AlBukhari dan Muslim
Saya sungguh kagum dengan orang-orang seperti mereka ini dan saya ingin menjadi seperti mereka. Saya tidak mahu hidup menjadi seseorang yang tidak memberikan sumbangan kepada orang lain.
Saya merasakan kita masih kekurangan dermawan yang kreatif di Malaysia khususnya dan dalam agama Islam amnya.  Namun begitu, jika direnung kembali, semua ini sudah ada dalam konsep zakat, takaful iaitu konsep tolong menolong sesama kita.
Alangkah baiknya seandainya kita menjadi seperti sewaktu pemerintahan khalifah Umar dulu, semua yang mampu mengeluarkan zakat sehingga tiada orang yang layak menerima zakat.
Penerima zakat pula seharusnya sedar bahawa zakat diberikan supaya mereka dapat memperbaiki hidup mereka, bukan hanya untuk dituntut setiap bulan di pusat zakat.
Sebagai konklusi, saya ingin mengajak semua supaya menjadi kaya. Bukan sekadar kaya harta sahaja, kaya pahala juga. 
Jadilah orang kaya yang sedar bahawa harta itu hanyalah pinjaman, bukan hak milik kita yang mutlak.
Dunia ini adalah ladang untuk akhirat, maka sedaya upayalah kita menanam pelbagai pohon agar kita dapat merasai nikmatnya di akhirat kelak.
Kini saya punya impian untuk mengubah nasib orang, sama ada yang saya kenal atau tidak. Saya telah mula menyusun strategi untuk melakukan sesuatu buat bangsa saya, terutama sekali untuk agama saya.
Saya cuma mahu melakukan sesuatu yang memberi impak kepada seseorang atau sesebuah keluarga sebelum saya menutup mata.
Semoga Allah sentiasa bersama dan meredhai niat saya ini.
Wallahualam~...

Nilai : Kalau diberi keizinan akan ku cube manjadi kaya.... (^^,)

Tuesday, January 25, 2011

Liatnya nak bangun aku ini... hehheh

Salam.......




Semua selamat pagi semoga hepi selalu.......


Hehehe hari ini nak cerika tentang kisah aku masa dulu-dulu masa kecik-kecik ...
rindu keadaan dulu masa tinggal bersama mak dan abah... 


Ini kisah bangun liat nak pagi....


heheh dulu aku ini punya la liat nak bagun pagi bukan dulu la sekarang pon sama jugak liat jugak kadang2 sampai kak aku tu Ratu kebaya tension dengan aku hehehhe...( Sory yea kak esok lusa aku selalu buat lagi tapi hari ini aku baikkan bagun awal heheh)


Ok sambung cite masa dulu.... dulu bila aku bangun lewat mak aku mesti membebel sampai nak bernanah telinga aku nie... tapi punya la degil aku nie.. mak aku membebel aku tak penah nak layan heheh nakal kan (bukan ketegori jahat tau hehhehe)   tapi yang paling hebat aku nie takut dengan abah aku heheh (pape pon aku tetap sayang abah dan mak aku ) biasa la Abah aku nie garang sikit emmm garang kew tak pasti la... tapi kami ini ape yang abah kami tak suka bila  beliau bersuara kami mesti kecut perot punya hehhe....


Tentang bangun pagi ini apa yang paling bestnya disebabkan takut dengan abah walaupun liat nak bagun dan walaupun mak aku membebel aku masih buat derk jew tapi kalau dengan abah aku nie dengar bunyi motor beliau dari atas ban(jalan raya tinggi) belum masuk halaman umah jew dah boleh aku bangun secara autonya dan magicnya aku dah ada kat dapur jerang air hahahha hebat kan.. Cuba korang bayangkan dari katil tiba-tiba dah ada kat dapur... mesti korang rasa aku macam ada kuasa magic kan hehehhe .....punya la aku takut dengan abah aku nie hehhe... Tapi korang jangan pikir abah aku ini garang beliau ini baik sebenarnya tapi aku ini tak boleh dengar beliau bersuara sebab bila beliau bersuara dengan nada yang lemah lembut tapi tegas itu , beliau punya pancaran gelombang micro magnet itu dan keindahan suara beliau boleh membunuh jantung ku dan mencairkan tahi telinga aku ini hahahhah hebatkan....itu la kisahnya kenapa aku nak cerita entry nie sebab tiba-tiba aku terkenang kisah bangun lewat ini sebab pagi tadi kawan aku ada bertanya. Kawan :  " Eh awal ko online cepatnya bangun dari tidur heheh ". Aku pun jawab... Aku : " biasa la dah di train dengan mak aku dan abah aku bangun awal heheh (tapi kadang-kadang aku bangun lewat lewat jugak heheh)....








Nilai : heheh disebab kan mereka (Mak dan Abah) aku sekarang tidak terlalu liat sangat nak 
           bangun dari tidur hehehhe( Mekasih Mak dan Abah saya sayang dan cinta dengan
           mak dan abah) 
          Rindunya tak sabar nak balik kampung raya cina ini 

Saturday, January 22, 2011

Kerja la...

Salam....
dan selamat pagi semua....

huhuhuh hari ni aku kene keje daa... minggu lepas pon aku keje jugak so bermakna minggu depan aku cuti lak hehehh... tak sabar tak sabar... hari ni punya la liat nak bagun pagi, sebab malam tadi tidur lewat hahha siapa suruh ko tidur lewat huhuhuhu... Macam mane tak tidur lewat dah memang tak leh tidur.. hehhehe...

Emmm hari ini nak buat ape agaknya yea... boleh bagi cadangan tak huhuhu....
sok pon tak tahu nak buat ape... keluar tapi nak pergi mane... emmmmm

ok tak tau nak tulis ape dah so pe lagi jom kita samabung kerja..
selamat berkerja kepada yang berkerja... selamat bercuti kepada yang bercuti....
bagun-bagun buat sarapan dan kemas umah hahhah (Khas Untuk kakak ku RAtu Kebaya )


hehhehe salam Senyum Ikhlas Dari saya Normal Comel hehhe (PAsan Jew Aku Ni)

Friday, January 21, 2011

Makan Asam Pedas yum yum..

Salam Semua selamat pagi...

Hari nie nak tulis entry tentang makan ... tapi bukan aku masak ....
Tapi aku ada pergi sato kedai makanan yang terletak di Taman Botanic dengan Sidia.....'
Memang sedap dan begitu ramai orang makan kat sana...
Heheh Kalo korang masokkan tempat to mesti korang ingat ada kenduri Khawin sebab mula2 aku masok pon aku ada perasaan sebegitu hehehhe... mane taknya boleh kedai to dok pasang lagu khawin hehhe...
ok ok aku dah mula melalot lak nie korang tengok je la gambar nie k...


Ini gambar cafe to la dia ada siap tulis cafe botanic... 



Ini dia punya benner simple jew kan heheh... dia ada tulis Asam pedas power..
 hehhe sila la mencuba K..


Makanan ini untuk Sidia... ada paru, tempe, ikan sepat masin dan sebagainya la hehhe..


Ok ini la hasil makan yang kami berjaya tangkap sebelom orang lain kebas yew...

  
Ini lak makanan aku la.. Ikan pari masak asam, sambal belacan, telo dan sayur hijau(salad hehe)
Air lak aku tak sempat nak snap la.. aku cite je la aku minum air Limau + asam boy ais hehhe sedapnya to..
Sidia lak minum Air mata kuching emm dop kot dia punya tak rasa lak.. 


Haa korang tengok nie bertapa ramainya manusia yang menikmati hidangan pelbagai rasa disini..
ramai tak terbilang.. jualan makan disini dalam kul 2 lebih dah abis, Punya laku diorang punya makanan..
Untong ma ini tokey huhuhu..


Selamat mencuba makanan disini... (lepas makan ape lagi p jejalan papai semua hehhe)

Thursday, January 20, 2011

Selamat Pagi

Salam .....


 Hari ini tak tau nak buat entry ape erkkk...


Semalam best pergi makan kat  ANIS WANIS.. hehehe terima kasih kepada kak ku Ratu kebaya kerana membawa adik mu keluar pergi makan dan menambah beratkan badan adik mu ini hahahah....
Pergi makan to salah sato sebabnya malas nak masak ..lagi satu smnpena Bezday abang ipar aku Azahari Adnan.. (Selamat Hari lahir Abang Ipar Semoga berbahagia bersama Kakak Ku Ratu Kebaya )..


Dan Akhir Sekali Selamat Bercuti Kepada Semua Rakyat Malaysia...

Heehehhe Tak tau nak tulis ape dah... ok la nak bersiap dan keluar pergi jalan2 dengan SIDIA... hehhe
Papai Semua......

Wednesday, January 19, 2011

Siti!... sini kejap !!

Jeng jeng jeng Sape panggil aku nie.....  emmm... kak long rupanya


Aku         : Yea kejap kak long ... tit tit tit tit tit....   aku pon sampai...
                  haaa ada pe kak long? ...
Kak long : Nie ambik bungkusan nie dalam bakul ( masa tu Kak long kat bawah, opis aku nie canggih sikit
                 semua barang yang dari bawah diletakan dalam bakul dan diangkat terus ke atas canggih kan
                 macam lift  lebih kurang laa... heheh )


Ini la gambar bakul to aku ambik dari atas jew sebab malas nak turun kebawah hehehhehe

Aku         : Apa nie kak ? aku tanya
Kak Long: Ambik je la...
Aku         : ?????@@2#33   dalam keadaan pelik melihat sesuatu benda dalam bungkusan ...
                 (Sampai kat meja aku, aku aku pon duduk dan buka bungkusan tu (ape nie dalam hati)
                 jeng jeng jeng ......
                 lihat dibawa ... heheh rupa2nya buku daaa ingatkan ape tadi... (bungkusan da di buka..)

                
Buku bertajuk RAWATLAH HATI...
Aku tak tahu la apa motif kak long bagi aku buku nie...
dia suruh aku baca aku pon baca la.. best isi kandungan dalam buku nie banyak memfaat 
yang aku dapat dan sedikit banyak dapat jaga memotivasikan diri ku ini hehhe... 



Ok ini la gambar Kak long kat tempat keje aku tu ...(Tudung Hijau)
Aku sebelah dia hehe nak jugak
terima kasih Kak Long.. Ingin juga kau berkongsi kebaikan dengan ku....
Semoga Allah s.w.t memberkati mu .. Amin
Huhuhuhu  Terharu lak aku nie..
Tamat sudah kisahya.


Dari Buku Rawatlah hati :  Ayat nie memang aku suka dia boleh diamalkan sebagai doa..
                                              "Ya Allah .... dinginkalah panasnya kalkabuku ini dengan salju 
                                             keyakinan, Padamlah bara jiwaku ini dengan renjisan air keimanan"
                                             (Indahkan ayat ini sila la amalkan Hehehe untuk diriku jua)

Tuesday, January 18, 2011

Awak nak pergi mana yea ???

CANTIK TAK
 hehehe untuk jawapan diatas akhirnya aku menjawab nak pergi...
  BAGAN LALANG (Sepang) boleh tak?.
Dia: Eemm boleh singgah Shell dulu isi minyak.. Aku: Yea berjaya membodek haha.(dlm Hati)
Hahah punya jauh kami nak pergi dating heheh cari kelainan asyik klang jew kan boring jugak...
Tapi klang tetap dihati betol tak heheh..

 Heheh Akhirnya sampai jugak aku kat sini.. dua jam pejalanan penatnya berbaloi hehe,
  Ape sebab aku nak sini hehe sebanarnya seumur hidup ku tak penah lagi jejak kaki disini.. (hehhe betol sungguh tak tipo)... Tengok gambar nie seronok mama dan baby nie dok main sodok pasir nie. heheh Aku pon rasa nak joint jew...
 Ok nie lak gambar Resort Sepang Gold Coast,kat sini kita tak leh masok sempadan sana,  diorang kata untuk penghuni yang hendak menghuni disitu jew... hehe cantikkan mcm kat Hawai kan.
 Ok begini la gambarnya dari pandangan atas.. sesiapa yang ingin berbulan madu disini .,..
dipersilakan hehhehehe cantik tempatnya..( diupload dalam tenet)

 Permandangan diwaktu petang cantikkan tempat nie...

Selain to kat sini ada kuda padi .. aku nak naik,
Tapi takot kuda tu tak larat nak bawa aku lak nanti hehhe,
kang menagis kuda to tak pasal-pasal aku kene pujuk hehheh...
sesiapa nak tunggang kuda nie RM 5.00 seorang dikenakan ok hehe.. 

Hehhe cube teka kaki siapakah ini ? hehhe..
nie la kaki aku, aku rendam kaki sebab nak bersihkan kaki...
Sebab sidia suroh.. Dia kata letak kaki kat air masin boleh bersihkan kaki dan melancarkan perjalanan darah..
aku pon ikot jew la.. kang tak ikot majok lak hhheehh..

Last sekali sebelom balik nie la gambar sedia dengan aku hehhe...
emm...disebabkan aku esok lusanya sidia deman hehehe sebab tak tahan angin laut
(kerana Lelah) .. (cian dia)
Buat pertama kalinya aku pamerkan wajahnya hehhe..



Note : Sila berkunjung ke bagan lalang yea, 
Seronok membawa keluarga... heheh tempat yang cantik 
(Sempat promote Aku Rakyat malaysia)



Sunday, January 16, 2011

Farewell (Mr.Ambrose Felix) GM Lama aku

Ini cerita untuk bos aku la , bos lama aku GM ..
 aku dapat berkerja dengan dia adalah lebih kurang setahun.
Hehe aku cerita nie pon,
 sebab akak aku dah bising bila ko nak update blog ko tu.. heheh to jew lak yag aku asyik dengar bola dok cerita pasal blog nie huhu.... ish222 dah meleret lak aku nie .. sambung lik pasal Bos lama aku nie, Ferewell nie kami buat kat Club Gofl Kota Kemuning.. Boleh tahan la makanan dia tapi aku tak sempat nak snap picture makanan .. huhuhu.. Tapi masa nak p sini paling best kat Westport jam gilerr kami sangkut 2 jam dalam kereta naik sengal pinggang aku nie.. hehe
Sampai-sampai jew aku dengan kakak yang lain terus serbu makan .
lapar giler manenya tak lapar dua jam dalam kereta dengan ujan lagi lak tu, 
dah la baru balik keje sedih betol aku masa tu heheh... Nak tengok aku tu tudong kuning belang hitam.. 
Punya selera makan sampai tak toleh depan belakang dah lapor gilerr..

Heheh sambil makan kami pun,
 didendangkan denagan alununan suara sumbangan dan menyumbangkan lagu 
 staf2 stolthaven hehhe.salah satunya Kak Zai.
.  GM Baru aku nie pon tak lepas peluang Korang tau dia nyanyi  Lagu Suci dalam debu,
Boleh Tahan gak suara dia tapi slang cina to tak lari la hehhehe.. kelakar..

Ok gambar yang nie pulak, manager2 aku baju merah to En. Mohan dan yang bertopi to En .Azalan Lebih dikenali dengan nama John LabO hehehheh..  

 Haaa, Ini la gambar keluarga GM lama aku.. GM aku to yang berjambang putih to heheh Mr. Ambrose Peter Filex .. yang lain to anak-anak dan dan isteri mudanya hahahha....


OK ni last picture Kami bergambar beramai2 dengan staf Stolthaven Westport dn Bhd heheh.. 
Promote company name storage minyak and chemical sesape berminat untuk menyimpan minyak boleh hubungi Aku hahhaha....(Sejak bila aku jadi marketing nie !!!)