sweetblack musuk2 sayang....

Sila tinggal URL korang kat sini

Friday, January 28, 2011

Seloka emmm Menarik......

Salam... Harap Semua sihat...

Seloka emmmm sebut tentang seloka nie ada satu seloka yang menarik perhatian aku dan dapat jugak la kena batang hidung sendiri (heheh sedar diri jugak aku niekan heh) lagi satu aku nie suka jugak la bace seloka kan biasa laaa budak sastera dulu... Sebab seloka nie banyak nasihat dan kelakar pon ada... Baiklah disebabkan aku suka bace seloka jadi aku telah menjumpai satu seloka yang memang tepaat dan padat mengenai sasar kepada dan didalam hidup ku hehehe.... nak tahu ape dia sila la bacenya.....




Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Syaitan sangat suka lah hati ,
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
C u m a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

nilai : Mari melaksanakannya...

6 comments:

matahati-aishahazhar said...

aku baca tak habis.. panjang sangat.. nanti dalam kereta citer ye..

nORmAL said...

banyak la ko... weh kawan aku kata nak bayar balik duit aku sat g,,,, huhuhu dia nak jual moto dia lak..

cik.shabah said...

tenkiu for sharing!best ni ;)

nORmAL said...

Cik shabah.

heheh sesama kak...

damha said...

gadis ayu bertudung pelangi....
tampak manis mengukir senyuman...
moga hidup dilindungi....
murah rezeki ditetapkan iman...

nORmAL said...

damha : heheh insyallah.. hope damha pon hepi selalu yea...