sweetblack musuk2 sayang....

Sila tinggal URL korang kat sini

Friday, April 29, 2011

Makan Free di kenduri Khawin ... Nyum2...

Assalamualaikum ...


salam petang jumaat ye kawan-kawan...
dah makan semua hari ini saya makan di rumah pengantin masa time lunch tadi tengah hari.. memandangkan rumah jemputan dekat sahaja aku dan rakan sekerja lain pun menyinggah pergi makan free heheh...
bukan apa esok nak cuti malam ini pun dah nak balik kampung so tak ada masa nak pergi kenduri lansungnya pada hari sabtu.. makanya terpaksa la pergi pada hari ini .. makanannya memang best dan power sedap dan segalanya la hehe... asam rebus ikan duri, ikan goreng, sambal belacan dan sayur ulam menjadi menu utama untuk hari ini hahha..
dan minuman air tebu segar wah memang nak buat aku menambahkan berat badan tapi dalam hati normal normal tenang kata nak slim kan kan so macam mana terpaksa la tahan pewot aku nie hahhaha....


sebelum sesi keberangkatan pulang kami sempat la pergi melihat pelamin dan bilik pengantin yang sedang dalam pengubah suaian  oleh adik lelaki beliau yang sangat kreatif dan berinovatif wahhh.. kau puji melambung.. tapi menang cantik hasil tangan beliau macam persandingan dalam taman gitu hehehe ....ok la kann eerrr banyak sangat aku membebel nie,  korang tengok jew la gambar di bawah...


seeeeee2 tengok pelamin dia macam dalam taman kan cantik tak... 
bahan-bahan gubahan semuanya dari halaman rumah mereka ...
kerusi pun buat sendiri kau tahu giler kreatifkan..



Bilik pengantin nie belum sepenuhnya siap.. 
kalu macam ini dah cantik nanti kalau dah siap lagi la cantik betul tak ...ehehhe


Kepada Kak Long (Kakak Opis aku ) terima kasih atas jemputan walaupun adik mu yang berkahwin..
Kepada Kak Wati selamat menuju ke gerbang perkhawinan semoga bahagia hingga keakhir hayat..




P/S :   hahahha bila tengok pelamin orang dan pergi kenduri khawin kepala aku mesti pikir......
          ("hai.... bila la time aku akan tiba.. sabar sabar ... huhuhu..... teringin juga menuju kebahagian insyaallah..")

FaDiLaT mEmBaCa SuRoH mAnZiL.

Assalamualaikum...

salam sejahtera.. hari ini tiada entry yang  nak nak diceritakan sangat...
hanya hari ini nak kongsikan satu email yang aku dapat fadilat membace surah manzil.. 
bila aku bace rasanya elok benarlah aku kongsi dengan rakan-rakan sekalian kan hehhe...anggaplah macam tazkiroh pagi jumaatkan.... Ok kang banyak sangat aku dok melalut korang penin lalat karang korang nanti kan..
baik lah sila bace dan hayati email yang aku dapat nie ok kawan...


Soalan:
Apa itu manzil?

Jawapan:
Manzil ialah satu set ayat-ayat suci al-Qur'an al-Kareem yang digunakan untuk mencegah dan merawat sihir.
Kewujudan sihir disebut dlm al-Qur'an al-Kareem,

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.  [2:102]

Antara senarai manzil yang terdapat dalam al-Qur'an al-Kareem:
1. Surah Al-Fatihah [1:1-7].
2. Surah Al-Baqarah [2:1-5].
3. Surah Al-Baqarah [2:163].
4. Surah Al-Baqarah [2:255-257].
5. Surah Al-Baqarah [2:284-286].
6. Surah 'Ali 'Imran [3:18].
7. Surah 'Ali 'Imran [3:26-27].
8. Surah Al-'A'raf [7:54-56].
9. Surah Bani Israil [17:110-111].
10. Surah Al-Mu'minun [23:115-118].
11. Surah As-Saffat [37:1-11].
12. Surah Ar-Rahman [55:33-40].
13. Surah Al-Hashr [59:21-24].
14. Surah Al-Jinn [72:1-4].
15. Surah Al-Kafirun [109:1-6].
16. Surah Al-Ikhlas [112:1-4].
17. Surah Al-Falaq [113:1-5].
18. Surah An-Nas [114:1-6].

Ayat-ayat manzil ini boleh dibaca sekali atau dua kali sehari (pada waktu pagi dan petang).
\
:senyum:
selalu saye amalkan ayat ini
untuk pendinding diri
dan pernah menggunakan ayat ini untuk mengeluarkan makhluk halus
elok dibaca untuk mengeluarkan makhluk halus dalam tubuhnya
ada 2 jenis
manzil biasa dan manzil fadhilat
manzil fadhilat dibaca dengan diselawatkan kepada para nabi
 para sahabat
dan orang yang membuat manzil itu
manzil fadhilat ini lama
sekurang2nya 45 minit...
ayatnya dibaca berulang kali
ada yang 3x
7x
11x
ilmu ini diijazahkan oleh ustaz saya ustaz hasrin hakim bin sulong'
semoga mendapat mabfaatnya
insyaallah
,manzil ini juga bagus untuk mengelakkan sihir
kalau dibaca untuk mengubati orang
bacalah dalam bulatan dan orangnyang terkena rasukan makhluk halus itu didalam tengah2 bulatan
jangan lah berganjak walaupun ianya mengganas
apabila sudah lemah barulah berkomunikasi dengannya
alhamduliillah apabila saya buat menjadi
sama2lah kita amalkan...









P/S : lihat dia dah berjaya melakukannya... so marilah kita amalkan semoga berjaya 
        senyum sokmo pagi jumaat :-)...........




Thursday, April 28, 2011

Contest Time ....Sila masuk jangan malu jangan segan tau

Assalamualaikum






Contest bermula ye kawan-kawan tujuannya rahsia tau...1st aku buat contest ada sambutan agak-agaknya ada sambutan tak?? , kalau tak ada pon aku tetap nak buat hahha peduli apa aku..
Contest ini pun permintaan dari seseorang tujuan dia hanya dia saja yang tahu .... dan aku sendiri pun tak tahu hahahha...

Tapi contest nie bukan suka-suki tau ada hadiahnya , Hadiahnya biar la rahsia sebab penaja contest nie berahsia betul...Ok seterusnya nak tahu lebih lanjut tentang contest nie sila turun ke bawah ada syarat-syarat dan macam mana nak masuk contest nie...




Gambar sebelum kenal sesorang 





Gambar selepas kenal sesorang















Syarat2 penyertaan.

1) Copy header ni ye dan lekatkan di N3 korang










2) Nak Follow pun boleh, tak Follow pun boleh

3) Masukkan Blog aku ni ke bloglist korang.. untuk memudahkan pada yang menyertai 
     Contest ini . 
kalau korang tak nak masukkan pun aku tak paksa.

4) Buat n3 dan  cerita kan perbezaan gambar aku nie sebelum dan selepas kenal sesorang , sila tinggalkan link korang di ruangan comment

5) Pemenang berdasarkan pada Cabutan bertuah dan pemilihan di buat oleh penaja hadiah tersebut (kira Lucky Drawla). 

6) Tag seberapa banyak rakan yang korang sayang

7) Tarikh mula penyertaan 23 April 2011 dan tarikh berakhir 28 May  2011
8) Pemenang akan diumumkan pada 31 May 2011

9) Akak aku si Ratu kebaya aku pinjam ko punya syarat contest erk dan ada
beberapa yang aku ubah sikit hehehe... lehkan lehkan jangan kedekut dengan aku hahhaha..


Note* hehehe kepada semua rakan-rakan ku, aku berharap korang dapat joint contest ni dan
           tunggu hadiah yang bakal anda terima.... dan contest nie pon atas cabaran dari sesorang 
           penaja tetap untuk hadiah pemenang hahha... dan korang tahu apa motif dia suruh aku 
           contest nie sila comment sikit andai korang ada jawapan...


















Wednesday, April 27, 2011

Teringin nak Makan Keropok Lekor ....

Assalamualaikum..........  






Bestnya la kalau dapat makan keropok lekor pada saat2 ini kan...








emmm sedap-sedap temenung nak mam keropok lekoor sekali Mr.Yap Ah loi (Nama sebernar Yap Boon Guan ) datang la nak services komputer..
dan apa yang paling bestnya dia bawak keropok lekor .. yea yea yea yea keropok lekor, gorng pisang dan cucur udang hahah bestnya.....




Perut yang dah kenyang tadi makan nasi dah jadi lapar balik wah ajaib ini heheh...
apa lagi jom kita bedal keropok lekor.... Sila tengok dan hayati saja la yea...  (Aku nak makan kejap)... 







Ini la buah tangan Mr . Yap Ah Loi to bawak yew... supplier aku bawak keropok lekor hahha
 (aku yang paksa, Kejam aku kan aku paksa dia bawak kalau tak aku tak nak bayar )







Ini lak makanan yang aku nak bedal.. aku ambik tak banyak pun selebihnya kawan sekerja aku yang lain bedal selamat menjamu selera kawan-kawan ..
(Minum dengan Nescafe panas sedapnya)

:-)Terima Kasih ye Yap sebab belanje aku keropok lekor




P/S: heheh bila nak kurus nie kepala nie asyik nak makan jew...
        tak pew hari ini jew kantoi makan esok start mula balik diet hakhakhak... 
        Normal normal bila kau nak slim macam orang lain nie... 
        (dan kepada rakan bloger dan rakan yang tak ada bloger tapi tengok blog aku
         apa santapan korang pada petang ini)

Tuesday, April 26, 2011

ZaMaN pErSeKoLaHaN (2003)

Assalamualaiku ...


Teringat waktu persekolahan masa usia ku meningkat remaja heheh....
rindu pada zaman itu, Di Sekolah.Menengah Kebangsaan Dato' Harun Tanjung Karang Selangor (bukan dekat K.L tau hehe) zaman memang paling best aku sehingga aku dapat gelaran ratu ponteng sekolah, hakhakhak to pasal result kuar cukup-cukup makan padan muka aku ...biasa la kawan2 rapat suma dah berpecah belah masuk kelas lain sedey... dapat kawan baru so kena mulakan permulaan yang baru jadi lambat nak ambil masa tu... to yang selalu ponteng hehe.. pape pon start tingkatan 4 dah tak memain dah sebab mungkin dah matang sikit kot  (pelasan  ini orang)....




Sila cari di manakah aku ? sila cari hehhe....



Lihat diriku disebelah paling kanan aku yang pemalu hahha... pada hal paling giler....
(muka sopan muka sopan heheh cute pulak aku rasa tengok tak habis2 pelasa aku nie)
Gambar atas dan dibawah  aku ambil dari sahabat aku Norazlina Ismail aku nak simpan gambar hehe kurang berminat la sebab malas nak ambil tau pun masa tu so gambar persekolahan yang aku ada suma masa aku tingkatan 5 jew masa to dah pandai bergaya dan kesengalan dah bertambah-tambah hehhe hingga la sekarang....





P/S : rindunya zaman ini rasa macam nak kembali ke zaman persekolahan..
        Tapi masa sekolah dulu tak sabar lak nak berkerja macam mana tu?..
        so Korang semua rindu tak dengan zaman persekolahan korang? sila cerita sikit.. 
        dan lepas nie ada masa aku nak upload gambar aku masa tingkatan 5 pulak la...


Monday, April 25, 2011

Mengenal penyakit melalui bahasa tubuh..

Assalamualaikum..


Selamat menjalani pagi Isnin yang ceria da kepada rakan rakan yang berkerja selamat berkerje dengan bersemagat ok...


hari ini nak berkongsi sikit maklumat yang saya dapat dari pada internet untuk bacaan kita semua  yang di olah oleh: Tuan Hj. Ismail b. Hj. Ahmad Pengarah Urusan / Rektor KPJ Tarikh : Oktober 2008. bahan bacaan ini menceritakan tentang bahasa badan yang boleh mentafsirkan penyakit mengikut bentuk tubuh badan dan warna yang terdapat pada mata kita serta untuk mengawal penyakit dan ubat perlu diambil... ok la malas nak cerita panjang sila bace dia bawah ok ..

1. Bahagian mata putih
a) Mata putih terdapat warna kekuningan , terdapat 3 tafsiran:
i- Jangkitan virus seperti hepatitis.
ii- Keracunan logam berat.
iii- Masalah batu hempedu

b) Mata putih berwarna kemerahan , terdapat 2 tafsiran:
i- Kekurangan air atau dehidrasi.
ii- Jangkitan kuman (interfeksi).

2. Bahagian mata hitam
a) Lingkaran putih di hujung iris ;
i- Menandakan kandungan kolestrol yang tinggi.
ii- Disebabkan oleh faktor pemakanan dan genetik. Elakkan makanan bergoreng.
iii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Vitex.

b) Lingkaran hitam di hujung iris ;
i- Menandakan kehadiran asid urik berlebihan.
ii- Rawatan paling sesuai adalah berbekam.
iii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Ardisia.

c) Lingkaran gelang iris ;
i- Menandakan mengalami gangguan tekanan perasaan.
ii- Rawatan yang dicadangkan adalah memperbetulkan tulang belakang.
iii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Spirulina.

d) Lingkaran biru di hujung iris ;
i- Menandakan terdapat masalah perjalanan darah.
ii- Herba yang dicadangkan adalah Omega 3 dan Malac.

3.Berdasarkan keadaan lidah: KEADAAN LIDAH, KEADAAN TUBUH
 - Licin, Sejuk
- Hujung lidah merah, Kolestrol
- Ketumbuhan, Panas
- Bergerigi, Panas 
- Pinggir berlekok, Panas

4. Berdasarkan warna lidah: WARNA, MASALAH ORGAN DALAMAN
- Merah, Jantung atau usus kecil
- Putih, Paru-paru atau usus besar 
- Hijau, Hati atau pundi hempedu 
- Kuning, Limpa atau perut 
- Hitam Ginjal atau pundi kencing

5.  Suhu tapak tangan
i- Tapak tangan panas tetapi kaki sejuk,ia menandakan masalah pada bahagian perut dan ke bawah.
ii- Tapak tangan panas dan kaki panas, ini menandakan masalah pada bahagian kepala.

6.  Kelembapan
i- Tapak tangan berpeluh, dikaitkan 3 organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif.
ii- Tapak tangan kering dan cengkung menandakan imuniti yang rendah dan mudah diserang penyakit.

7. Jari gemuk atau runcing
i- Jari gemuk di pangkal menandakan kandungan asid urik dalam darah.
ii- Jari runcing di hujung menandakan kencing manis.

8. Jari yang bengkok
i- Bengkok di jari kelingking menandakan masalah pada bahagian tulang.
ii- Bengkok di bahagian jari lain dikaitkan dengan maslah saraf.

9. Kuku bergelombang
i- Menandakan logam berat dalam badan.

10. Urat-urat biru yang timbul
i-Menandakan tekanan (stress)

11. Biru di perut tapak tangan
i-Menandakan masalah resdung

12. Tompok putih di tapak tangan
i- Dikaitkan dengan masalah angin dalam badan

13. (a) Denyutan nadi kuat
i- Menandakan darjah kepanasan yang tinggi.
ii- Panas di dalam ditandakan oleh tapak tangan sejuk, nafas berbau, badan berbau dan nafas yang kuat.
iii- Panas di luar ditandakan oleh tapak tangan yang panas.

b) Denyutan nadi lemah;
i- Menandakan kelemahan sistem tubuh. Ia berfaktor daripada cuaca, kuman, hormon, makanan, ketumbuhan, predaran darah, penyakit dan lain-lain.

c) Pendapat Ibnu Sina mengenai nadi;
i- Demam, kelajuan nadi menunjukkan tahap demam.
ii- Nadi bergegaji, berlaku bengkak di bahagian membran dan diafragma.
iii- Nadi berombak, bengkak pada paru-paru.

http://www.slideshare.net/hpa_online/bahasa-tubuh-nk-print-presentation





Note* marila kita sama mulakan hidup yang sihat...

Monday, April 18, 2011

Pagi Isnin

Assalamualaikum 





Hari ini hujan + guruh sabung menyabung membuat ku tak tidor  sampai pagi...
hari ini pergi kerja dengan muka ngantok  + segar dengan kena hujan gerimis pagi tadi...
hari ini juga kakak aku Ratu Kebaya tidak kerja ambil cuti huhuhu bestnya kalau dapat bercuti macam dia..
tapi tak boleh kena simpam cuti untuk raya dan untuk hal-hal penting hujung tahun nanti hehhe...


Semalam tak keluar pergi mana-mana pergi kenduri Mak mentua kak (kak Inor) aku pun aku tak pergi...
malas + penat * sedih = tidur sehari suntuk tak ingat dunia hahhahahha......



So hari ini aku kena  hepi + banyak kerja  = aku kena bertenag  untuk siapkan kerja..hahah
banyak kerja tertunggak ini, tapi sempat jugak arr update blog lagi, dan itu seharusnya ok...




kepada rakan-rakan sekalian selamat menjalankan kerja anda dengan berhemah cewaaahhhhh hehhe..... (aku pon sekali kena berhemah)







Google





Note *  Siapa suruh tak siapkan kerja minggu lepas padan muka sendiri hehhe

Saturday, April 16, 2011

Dengan Tak di sangka Aku sampai ke Trolak Perak.....

Assalamualaikun...





Wah pertama kali aku sampai Trolak .. tak penah terpikir pon nak pergi sana..tempat felda sawit yang penuh dengan sawit sekelilingnya  dan merupakan tempat yang aman dan tidak penuh dengan kesesak lalu listas..
tiada tempat yang menarik sangat tapi disana ada homestay dan juga kolam air panas...
Betol la kata orang benda tak di rancang nie selalu menjadi dengan sendirinya betol tak...
tapi aku pergi Ke Trolak nie bukan suka - suki just pergi untuk Menziarah keluarga Kak Pah ..
yang baru kehilangan orang tersayang iaitu ayahanda yang tercinta'''''





Perjalan tidak la memenatkan sebab bukan aku yang drive kan heheh manager aku yang drive...
Aku pergi bukan dengan Manager aku saja aku turut de temani oleh kak Jen dan Abang Nuar....
perjalanan agak jauh jugak memakan masa hampir 2 jam . Biasa la banyak persinggahan terutama
perlu la mengisi perut yang sentiasa nak berkerja nie kan...





Kami sampai ke rumah kak pah dalam pukul 2.00 pm ... Ketika itu jenazah telah dikebumikan ..
so kami tak sempat la nak lihat... Da raut wajah kak pah alhamdulillh beliau dapat terima ...
bayangkan hampir 8 tahun ayahdah beliau sakit dan ini la masanya untuk melepaskan pergi dengan tenang..
Apa pun berharap keluarga kak pah terus tabah...  dalam lebih kurang pukul 3.30 pam kami bergerak pulang dalam keadaan ditemani hujan lebat... alhamdulillah kami samapi di rumah dalam pukul 6.00 pm...









note* Kalau ada masa lagi aku nak pergi tapi bukan sebab hal yang menyedihkan tapi untuk 
           melawan keindahan disana.....

Friday, April 15, 2011

Al-Fatihan Buat Ayahnda Kak Pah..

Assalamualaikum....


Selamat pagi kepada rakan-rakan ku sekalian...


Semoga semua sihat dan bergembira bersama keluarga tersayang.....


Pagi ini bila saya sampai ke Opis saya dikejutkan dengan berita kematian ayahanda rakan sekerja saya Cik.Saripah, dan akan di ke bumikan pada awal pagi ini oleh itu marilah kita titipkan Al-Fatihah agar tenang Arwah di sana... 


Kepada kak Pah Salam takziah saya ucapkan kepada akak sekeluarga , saya harap akak dapat bersabar dan redha untuk melepaskan arwah pergi dengan tenang...Maaf kan saya tak dapat ziarah kuarga akak di sana... 









Note*   Semoga Arwah di cucuri Rahmat Ilahi hendaknya.... Amin...


Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah di panjangkan umur lagi...




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....





Apa khabar kawan-kawan sekalian ... harap semuanya sihat dan baik baik belaka.... 
kepada yang tak sihat tu pergi klinik check kesihatan yaaa....
macam mane perjalanan kawan2 harap2 tidak ada sesuatu yang buruk berlaku...
seperti kami yang hampir terjadi sesuatu kemalangn yang boleh meragut nyawa kami ...
tapi alhamdulillah Allah swt masih mengizinkan kami hidup dan sihat tanpa ada kelukaan yang berlaku...
Perjalanan pagi tadi ketika hendak pergi ketempat kerja kami nyaris kemalagan dengan sebuah kereta berwarna putih..yang tiba-tiba keluar dari lorong kanan yang sedang menunggu trafik light hijau....
Nasib baik kakak ku Ratu Kebaya sempat mengelak kalu tidak habis la kami.....
Syukur Alhamdulillah kami masih deberikan kesempatan untuk bernafas... Memberikan keinsafan kepada kami..... kalau tidak mesti kami terjadi seperti di bawah...


Download dari google..
Tak nak la letak gambar kemalangan tragis tak sanggup nak tengok...








Note * Hati-hati la di jalan raya. ingatlah orang tersayang... 
         * Kepada kereta putih tersebut yang hampir melanggar kami bersabar la di jalan raya jangan ter-buru2
         * Kepada yang pergi kerja di tempat yang jauh dan menghadapi trafik yang teruk bangunlah awal...
         * Semoga tiada berlakunya kemalangan yang teruk hingga meragut nyawa.......


Tuesday, April 12, 2011

Tergempar!! pengalaman yang menyeramkan..........

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Harap-harap kawan-kawan semuanya sihat dan hepi -hepi selalu...
hari ini tak ada apa sangat nak cerita cuma nak cerita satu pengalaman yang aku lihat buat pertama kalinya pada Jumaat (08.04.2011) lepas...


Dekat opis ada seorang kawan, budak baru masok dan lelaki tiba tiba macam orang kena rasuk...
giler tergempar semua orang takut termasuk aku.. seram sejuk dibuatnya sampai aku tulis entry nie pun masih takut.. sebab apa aku tulis entry nie kat opis dan sesorang lak tu.. tempat dia kena kat bilik depan aku jew... dah la dinding depan aku cermin boleh nampak bilik dia....



Tadi masa aku sampai kat opis pun aku sesorang datang awal la katakan...
lalu sebelah bilik dia adoyai meremang bulu di buatnya macam terdengar suara budak lelaki tu menjerit huhu...
nak langkah naik tangga tu bermacam-macam doa aku baca punya kecut perut aku...
nak buka pintu bilik aku pon terketar-ketar aku dibuatnya huhuh...




Sekarang budak tu tak ada dia balik kampung dia berubat kut huhuhu...budak tu cerita kat kak long dia ada saka betul kah?? huhuhu... kalau betul jangan la dia kacau hidup aku  aku tak mahu... mau pengsan kalau dia muncul kat depan aku bukan budak tu tapi dia punnya saka ..kalau pengsan tak apa buatnya K.O macam mane??...




emmm pape pun aku harap semuanya baik-baik sebab setengah tahun aku kerje kat sini nie baru pertama kali berlaku.. sedangkan kak Izan yang keje kat sini dah sebelas tahun pun baru hadapi perkara ini pertama kalinya huhuhu....semoga Allah swt melindungi kami..... kepada budak tu kami harap dia sembuh sebaiknya...






Note * adakah korang penah rasa apa yang aku rasa ceritakan lah pengalaman korang ???